Home » Langkah demi langkah hantar order ke luar negara dengan BerkatPos

Langkah demi langkah hantar order ke luar negara dengan BerkatPos

Ada jualan dan tak tahu cara nak hantar order ke luar negara?

Tidak kisah di platform mana menjual samada di eBay, Amazon, ETSY, Grailed, Bonanza ataupun marketplace lain. Pastikan pos barang dalam masa yang ditetapkan seperti dalam listing anda.

Bagi yang baru menjual di platform luar negara pastikan tahu dahulu berat sebenar dan dimensi barang bagi mengelakkan kerugian. Jika tidak rugi mungkin untung berkurangan disebabkan perkara ini.

Baca : Apa itu dimensi dan berat bungkusan barang

Cara hantar order ke luar negara

1. Poskan barang ke BerkatPos

Barang yang nak dihantar itu sudah ada di tangan anda? Ataupun perlu beli dengan supplier seperti di Shopee, Lazada, TikTok Shop ataupun pengedar?

Hantar barang itu ke alamat BerkatPos seperti dibawah:

Eksport Mudah Network (Nama anda)
No 5 Tingkat Atas Jalan Putra 1/5
Bandar IOI
Segamat, Johor 85000

Untuk maps location di Shopee ataupun platform lain seperti dibawah

2. Update tracking number kepada pihak BerkatPos

Anda boleh whatsapp ataupun telegram pihak BerkatPos untuk maklumkan yang barang sedang dalam perjalanan dengan tracking number yang diberikan oleh supplier.

Ada banyak juga barang yang diterima pihak BerkatPos terima tanpa mengetahui penghantar. Ini akan menyebabkan kelewatan barang dihantar.

3. BerkatPos timbang barang

Apabila barang sampai pihak BerkatPos akan timbang barang dan maklumkan kepada penghantar.

4. Buat pembayaran di website BerkatPos

Masukkan detail penerima seperti nama penuh, alamat, nombor telefon dan email. Jika menjual di eBay boleh lihat butiran ini di sellerhub. Di Amazon pun sama ada butiran ini.

Jika menjual di ETSY dan Grailed butiran email dan nombor telefon tiada. Anda perlu mesej kepada penerima untuk minta butiran ini.

Ianya penting kerana jika pada masa pihak kurier hantar barang dan tiada orang di alamat penerima, posman akan hubungi.

Jika tiada maklum balas ataupun penerima tidak berikan maklumat, boleh juga dihantar. Cuma jika tiada sesiapa di alamat penerima pihak BerkatPos akan hubungi penghantar iaitu anda. Biasanya jarang perkara ini berlaku.

Tracking number akan diberi selepas membuat pembayaran.

5. Hantar order ke luar negara

Selepas pembayaran diterima pihak BerkatPos akan tunggu pihak kurier untuk ambil barang di pejabat. Biasanya jika pembayaran dilakukan sebelum pukul 11 pagi, pada hari yang sama juga barang itu dihantar.

FAQs : Soalan yang selalu ditanya

Boleh dapat tracking number awal?

Selepas membuat bayaran akan dapat tracking number walaupun barang belum sampai ke Berkatpos.

Boleh dapat tracking number awal?

Selepas membuat bayaran akan dapat tracking number walaupun barang belum sampai ke Berkatpos.

Kalau berat tak sama?

Jika berat kurang BerkatPos akan maklumkan berapa perlu tambah. Sekiranya terlebih berat Berkatpos akan bagi kupon diskaun untuk digunakan di masa hadapan

Berapa lama barang sampai ke luar negara?

Biasanya ianya mengambil masa 3 hingga 7 hari bekerja. Namun ianya tertakluk kepada pelepasan kastam dan keadaan cuaca.

Boleh hantar ke negara selain dalam senarai BerkatPos?

Ianya bergantung kepada barang dan negara yang nak dihantar. Anda perlu hubungi BerkatPos melalui whatsapp ataupun telegram barang & negara mana yang nak dihantar.

Adakah penerima kena cukai ataupun VAT?

Ianya bergantung kepada nilai yang diisytihar dan negara penerima. Serta samada penerima sudah bayar ataupun tidak semasa membuat pembelian di platform.

Siapa yang perlu bayar cukai ataupun VAT?

Penerima yang perlu bayar. Sekiranya penghantar ingin membayar pihak BerkatPos boleh tolong bayarkan dengan kenakan caj RM80. Seeloknya biar penerima yang bayar untuk tidak dikenakan caj tambahan ini.

Macam mana jika barang sampai ke pejabat BerkatPos pada waktu cuti

Jangan risau. Pihak kurier akan hubungi BerkatPos dan kami akan uruskan.

Boleh hantar banyak barang ke BerkatPos untuk penerima yang berbeza pada satu masa?

Tiada masalah. Pihak BerkatPos akan asingkan barang dan repack kembali untuk penerima yang berbeza.

Boleh buat pembayaran melalui kad kredit ataupun ewallet?

Buat masa ini boleh digunakan untuk membuat pembayaran bagi hantar order ke luar negara.

Boleh ambil insuran untuk barang yang nak dihantar?

Tertakluk kepada barang yang nak dihantar dengan nilai yang hendak dilindungi. Perlu hubungi BerkatPos dahulu.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA