
Kenapa adanya penghapusan barang dari luar negara? Biasanya ianya terjadi disebabkan pihak kastam dari luar negara minta dokumen tambahan dari penerima ataupun penghantar.
Jika gagal kemukakan dokumen tambahan dalam masa yang ditetapkan, barang yang dihantar ke luar negara itu perlu dihapuskan.
Sebelum hantar barang pihak BerkatPos biasanya beritahu penghantar yang barang yang ingin dihantar berisiko ataupun tidak untuk ditahan pihak kastam.
Jika perkara ini terjadi maka caj RM50 akan dikenakan. Pembayaran untuk caj ini boleh dibuat melalui pautan dibawah
Ramai penjual platform luar negara yang gunakan BerkatPos untuk hantar barang ke luar negara. Ada jualan di eBay atau ETSY atau Gralied kemudian hantar barang ke BerkatPos.
Jika barang yang laku ini dibeli dari Shopee atau TikTok atau Lazada dan apabila sampai ke BerkatPos.
Kemudian apabila sampai BerkatPos barang ini berlainan dari yang order. Ataupun ada sedikit kemek, kuantiti kurang ataupun pecah. Maka perlu dipulangkan balik.
Caj pemulangan akan dikenakan. Ini kerana BerkatPos gunakan servis pihak ketiga untuk hantar ke kurier yang berkenaan.
Selepas pembayaran dipautan dibawah maka ianya baru dipulangkan ke kurier yang shopee / tiktok / lazada gunakan itu. Pilih variasi bawah 2 kg.
Biasanya jika barang yang dihantar kepada penerima di luar negara pihak kurier yang BerkatPos gunakan akan hubungi penerima.
Jika tiada jawapan balas biasanya pihak kurier akan terus hantar kepada penerima.
Jika penerima tiada di premis yang ingin dihantar juga ataupun alamat penerima PO Box dimana memang perlu kebenaran penerima untuk letakkan barang.
Ataupun apa-apa sebab lain yang menyebabkan barang yang sudah sampai di luar negara perlu dipulangkan balik ke Malaysia.
Caj pemulangan ini akan dikenakan sebanyak 1.5 kali ganda dari kos penghantaran.
Contoh nya barang yang nak dihantar ke USA kos penghantaran RM200. Caj pemulangan 1.5 x RM200 bersamaan RM300.
Pihak BerkatPos akan hubungi penghantar untuk beritahu cara pembayaran boleh dilakukan.