Home » Caj $1 USD Payoneer terima pembayaran bawah $100 USD di eBay

Caj $1 USD Payoneer terima pembayaran bawah $100 USD di eBay

Pada 5 Julai 2023 Payoneer sudah keluarkan kenyataan yang bermula 26 Julai 2023 caj $1 USD akan dikenakan. Ianya bagi penerimaan pembayaran dari eBay yang bernilai bawah $100 USD sahaja.

Seperti gambar diatas penerimaan hasil jualan eBay $41.46 USD dan caj $1 USD dikenakan.

Bagi yang menjual dengan untung ataupun margin yang tipis boleh fikir untuk naikkan harga sebanyak $1.2 USD untuk setiap listing. Jika sehari order eBay secara purata keseluruhan melebihi $130 USD tiada masalah.

Tolak yuran eBay masih melebihi seratus dolar.

Ianya menjadi masalah bagi yang order sikit dan margin keuntungan pun sedikit. Bagi golongan ini perlu naikkan harga. Terdapat 2 cara iaitu secara manual dan juga secara bulk

Secara manual

Masuk ke sellerhub kemudian klik listings >> active. Klik listing mana yang nak ubah harga kemudian klik revise listing.

Scroll kebawah dan dibahagian harga boleh ubah disitu.

Secara bulk

Sama juga macam secara manual masuk ke sellerhub dan klik listing >> active. Pilih edit >> edit all listings

Di bahagian bulk edit pilih Buy It Now Price. Pilih increase by kemudian pilih Amount dan letakkan nilai $1.20 USD. Klik Apply

Konklusi

Terpulang kepada strategi masing-masing. Jika order sikit caj tambahan $1 usd payoneer pun ada masalah ataupun gangu keuntungan anda perlu fikir balik harga jualan.

Ataupun fokus kepada barang yang beri keuntungan lebih tinggi.

Biasanya barang yang margin tinggi ini dijual dengan harga yang mahal ataupun harga yang tinggi. Kurier yang digunakan semestinya kurier express.

BerkatPos.com ada tawarkan kurier express untuk penjual eBay dan juga platform lain.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA