Buat masa ni kurier yang BerkatPos gunakan ialah DHL Express & FedEx. Apabila barang sampai ke destinasi penerima, pihak kurier akan hubungi penerima.
Samada pihak kurier akan mesej ataupun email penerima untuk maklumkan akan buat penghantaran barang.
Jika penerima abaikan notifikasi ini maka akan terus hantar ke alamat asal. Jika penerima beritahu pihak kurier untuk hantar ke alamat lain, maka barang pun akan dihantar ke alamat yang baru.
Untuk makluman sekiranya perkara ini berlaku maka akan ada caj tambahan yang pihak kurier kenakan.
Pihak BerkatPos akan kenakan caj seperti pautan diatas. Biasanya selepas seminggu dua barang dihantar baru pihak BerkatPos dimaklumkan oleh pihak kurier.
Sekiranya ianya berlaku maka BerkatPos akan hubungi penghantar untuk maklumkan tentang caj tambahan ini.
Ianya sangat jarang berlaku namun ada juga satu dua kes dalam seribu shipment ataupun penghantaran.