Home » Cara hantar order eBay terutamanya bagi yang pertama kali

Cara hantar order eBay terutamanya bagi yang pertama kali

Bagi yang menjual di eBay biasanya rutin setiap pagi akan semak email. Kalau banyak email ada order hati akan berbunga. Seterusnya anda perlu tahu cara hantar order eBay itu.

Soalan yang selalu kami terima mana nak dapatkan email pembeli? Mana nak dapatkan nombor telefon pembeli?

Butiran ini penting kerana jika kurier ingin hantar biasanya akan telefon dahulu pembeli. Jika penerima tidak angkat telefon akan email pembeli pula.

Tidak kisah anda guna khidmat BerkatPos ataupun kurier lain boleh ikut panduan ini.

cara hantar order eBay dengan mengetahui butiran pembeli
Butiran pembeli di email

Butiran pembeli yang diterima di email hanya nama dan alamat pembeli sahaja. Jadi untuk butiran penuh anda perlu masuk akaun eBay di pergi ke bahagian sellerhub iaitu eBay.com/sh/ovw.

Langkah demi langkah cara hantar order eBay

Selepas masuk ke sellerhub klik order dan all order

Cara hantar order eBay dengan melihat seller hub

Klik nilai di bawah order total

value barang yang terjual penting bagi menegtahui Cara hantar order eBay

Butiran pembeli yang lengkap ada disini

  1. Nama dan alamat pembeli
  2. email pembeli
  3. Nombor telefon.
cara nak hantar order eBay dengan mengetahui butiran lengkap pembeli

Untuk makluman email pembeli ini akan hilang dalam masa 4 minggu dari order eBay. Ada juga pengguna BerkatPos yang tak perasan ada order eBay selepas sebulan.

Apabila ingin semak butiran email tiada lagi paparan di eBay.

Kesilapan yang selalu berlaku bila tak tahu cara nak hantar order eBay

1. Print Shipping label

Yang ini anda tak perlu lakukan. Bagi yang baru pertama kali dapat order eBay biasanya akan klik sini. Kemudian keluar error seperti dibawah

Tap perlu print packing slip dalam cara hantar orde eBay

Tidak perlu cetak butiran ini. Apa yang perlu dilakukan adalah mengisi butiran lengkap pembeli pada kurier yang anda gunakan.

2. Tidak tahu dimana email dan nombor telefon pembeli

Ramai yang tidak tahu ruangan sellerhub seperti yang diterangkan sebelum ini. Ruangan ini bukan setakat butiran pembeli. Hampir semua aktiviti eBay anda ada disini.

3. Lambat hantar barang

Semasa buat listing eBay akan ada pilihan untuk berapa lama masa anda perlukan untuk hantar order.Ianya bahagian handling time. Jika lambat hantar maka akan ada satu calit kesalahan.

Jika terlalu banyak akaun eBay anda akan bermasalah iaitu boleh dikategorikan below standard.

Untuk penyelesaian ini BerkatPos sediakan khidmat untuk anda dapat tracking number awal untuk dimasukkan ke dalam eBay.

Cara nak dapatkan tracking number awal di BerkatPos

Ada kalanya perkara di luar kawalan kita. Sebagai contoh pembekal lambat hantar disebabkan banjir ataupun disebabkan kelewatan kurier hantar barang kepada anda ataupun BerkatPos.

Kurier yang BerkatPos gunakan adalah boleh dijejak dalam masa nyata. Jika terlambat sedikit tiada masalah.

Handling time di eBay adalah berdasarkan waktu kerja Malaysia. Sabtu Ahad dan juga cuti umum tidak termasuk ataupun dikira.

4. Guna kurier yang tiada dalam senarai eBay

Adalah penting untuk anda isi tracking number selepas menghantar barang kepada pembeli. Perlu masukkan yang betul dengan kurier yang digunakan.

  1. Masukkan tracking number
  2. Pilih kurier yang digunakan
  3. Klik save and continue

Bagi pengguna BerkatPos tiada masalah kerana kurier yang digunakan adalah DHL Express ataupun FedEx.

Akhir Kalam

Penting untuk anda letakkan tracking number dalam eBay seperti hadling time dalam listing eBay.

Kurier yang anda gunakan untuk cara hantar order eBay itu mestilah boleh dijejak. Bagi yang menggunakan BerkatPos tiada masalah.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA