Home » Apa itu sellerhub eBay dan kenapa ianya sangat penting bagi penjual

Apa itu sellerhub eBay dan kenapa ianya sangat penting bagi penjual

Sellerhub eBay merupakan nadi utama penjual. Ianya muka depan yang perlu penjual lawati setiap kali masuk ke laman eBay. Semua transaksi ataupun aktiviti penjual ada disini.

Oh ye jika anda belum berjaya daftar sebagaui penjual lama sellerhub ini tidak ada. Ianya hanya untuk penjual.

Laman sellerhub ialah eBay.com/sh/ovw. Paparan seperti dibawah. Ianya mungkin berbeza bergantung kepada cara anda customize

paparan sellerhub eBay

Penerangan nombor dibawah ini adalah berdasarkan gambar nombor gambar diatas.

1. Overview.

Ini paparan utama apabila anda masuk ke sellerhub. Ianya boleh diubah mengikut citarasa dan kesesuaian anda. Untuk mengubah anda boleh klik customize seperti nombor 10.

Di paparan ini ada Tasks (nombor 11) dan juga Sales (nombor 12). Untuk tasks anda boleh lihat perlu hantar 1 order dan juga perlu maklum balas kepada pembeli mengenai return requests.

2. Order

Semua order samada berada disini. Tak kisah samada pembeli sudah bayar ataupun belum bayar. Jika pembeli cancel order pun masih ada disini.

Ianya untuk transaksi selama 60 hari.

Bagi yang baru ada order eBay pasti mengalami masalah tidak tahu dimana nombor telefon dan email pembeli. Ianya berada di bahagian sellerhub order eBay ini.

Baca : Cara hantar order eBay terutamnaya bagi yang pertama kali

3. Listings

Semua listing eBay anda samada live listings ataupun masih berada draft berada disini. Ada juga yang bertanya dah listing tapi rasa macam listing tu dah hilang. Sebenarnya ada lagi listing tu dan anda boleh cari disini.

Jika ingin ubah listing, endkan ataupun apa-apa perubahan boleh lakukan disini.

4. Marketing

Untuk buat marketing seperti beli 2 unit dapat diskaun 5%, beli 3 unit dapat diskaun 10%. Ada juga yang buat sales seperti 10% diskaun untuk satu unit dan sebagainya berada disini.

Ada ciri marketing tertentu yang hanya ada jika ada melanggan eBay store. Sebagai contoh diskaun jika beli satu barang maka akan dapat diskaun 9%.

Ada ciri terbaru dimana anda boleh pautkan media sosial FaceBook dan juga Instagram disini.

5. Store

Bagi yang melanggan eBay store disini tempat untuk anda ubah ataupun design kedai eBay. Bagi yang baru menjual di eBay, tujuan utama untuk langgan store ialah untuk dapatkan percuma yuran listing.

Bagi yang tiada store anda boleh listing sebanyak 200 barang sebulan tanpa dikenakan listing fee oleh eBay. Jika langgan store starter maka akan dapat percuma 300 listing. Jika store basic akan dapat percuma 1000 listing.

Ada yuran bulanan yang dikenakan jika melanggan store. Untuk starter yuran bulanan ialah $7.95 USD, untuk basic $27.95 USD, premium $74.95 USD.

Dan jika ingin bercuti sebentar dari menjual di eBay ataupun untuk set holiday tanpa endkan lsiting hanya boleh dilakukan jika anda melanggan store.

6. Performance

Prestasi jualan eBay anda berada disini. Berapa sales setiap hari, berapa kos jualan, level seller, sumber trafik dan bermacam lagi.

Jika jualan anda rendah boleh tengok disini dan jika jualan tinggi biasanya disebabkan trafik yang masuk banyak. Kaji sebab apa perkara ini berlaku di bahagian sellerhub eBay bahagian performance.

7. Payment

Hasil jualan eBay anda akan dipaparkan di tab ini. Segala fee ataupun yuran yang eBay kenakan ditunjukkan disini. Ini termasuk eBay fee, promoted listing fee, listing fee dan juga eBay store fee.

Untuk eBay hantar hasil jualan ke akaun Payoneer pun anda boleh tetapkan di tab ini. Samada anda ingin arahkan untuk eBay masukkan ke akaun Payoneer setiap hari, setiap minggu, 2 minggu ataupun sebulan sekali.

8. Research

Ianya tools percuma yang eBay berikan kepada semua penjual. Jika dahulu eBay kenakan caj bulanan ataupun perlu subscribe eBay store baru ada ciri ini. Sekarang ianya percuma untuk semua.

Ianya dinamakan terapeak.

Anda boleh kaji barang apa yang terjual di mana-mana platform eBay. Tak kisah eBay USA, UK, Australia, Canada ataupun mana-mana negara.

Cuma digalakkan menjual di negara yang mengunakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.

9. Report

Untuk buat listing baru dan draft secara bulk ataupun pukal. Boleh ubah harga, kuantiti, relist dan juga tamatkan listing eBay.

10. Customize

Susuan dan paparan sellerhub boleh diubah mengikut cita rasa anda. Samada nak tambah ataupun kurangkan paparan yang tertera di sellerhub ini.

11. Task

Tugasan yang perlu anda lakukan. Jika ada order eBay boleh juga lihat disini. Jika ada bakal pembeli membuat offer boleh lihat disini. Kalau ada open cased ataupun pembeli ingin return barang pun boleh lhat disini.

12. Sales

Ringkasan ataupun rumusan hasil jualan eBay anda berada disini. Boleh lihat jumlah jualan dalam masa sehari. Samada meningkat ataupun menurun.

Konklusi

Bagi yang ingin hantar barang ke luar negara menggunakan BerkatPos ataupun kurier lain akan hadapi masalah untuk tahu nombor telefon pembeli. Ianya ada di bahagian order.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA