Home » Cara-cara dapat positif feedback di eBay dengan cepat

Cara-cara dapat positif feedback di eBay dengan cepat

cara dapat positif eBay cepat

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk dapat positif feedback di eBay dengan cepat.

Setiap positif feedback yang diberikan oleh pelanggan di eBay akan mempengaruhi kedudukan jualan.

Anda sebagai penjual di eBay perlu memastikan setiap pembelian perlu adanya feedback yang positif. Antara cara-cara untuk dapat positif feedback di eBay dengan lebih cepat seperti berikut:

1. Komunikasi dengan pelanggan

Anda boleh meningkatkan komunikasi bersama pelanggan dengan lebih baik seperti memberikan maklumbalas dengan lebih cepat.

Sekiranya anda memberikan respon yang cepat, pihak eBay akan kenalpasti akaun jualan tersebut ada khidmat pelanggan yang baik.

Selalunya pelanggan akan bertanya pelbagai soalan berkaitan barang yang mereka mahu beli antaranya seperti adakah barang tersebut masih ada stok, penerangan produk dan juga tempoh penghantaran.

Bila pelanggan dapat lihat anda sentiasa menjaga kepuasan mereka, ianya akan memberikan keuntungan yang lebih baik dalam jangka masa yang panjang.

2. Buat listing barang yang berkualiti

Untuk dapat positif feedback di eBay, anda perlu menyenaraikan produk berkualiti tinggi. Sebagai pelanggan, mereka selalunya akan beli barang jika barang itu berkualiti tinggi.

Tambahan lagi apabila barang tersebut menjadi carian utama yang dikehendaki oleh pelanggan.

Barang berkualiti tinggi akan dapat mengelakkan pelanggan memberikan feedback yang negatif dan juga kurang berlakunya return barang daripada pelanggan sendiri.

3. Membantu pelanggan

Sebagai penjual anda perlu membantu pelanggan jika terdapat masalah ataupun pertanyaan. .

Antara masalah yang selalu berlaku adalah pelanggan meminta untuk penjual membuat penghantaran dengan cepat sebab nak digunakan dengan segera.

Sekiranya anda tidak dapat menghantar barang dengan cepat sebaiknya memberitahu dan meminta kerjasama daripada pelanggan.

Ada juga pelanggan yang bertanya tentang produk lain yang hampir sama dengan apa yang kita jual. Kebiasaannya apabila kita dapat cari, mereka ini akan beli barang itu dengan kita.

Semasa buat eBay listing baru ini, tidak perlu buat eBay ads dan hantarkan pautan listing itu kepada bakal pembeli. Anda dah boleh jimat eBay ads disini.

4. Sediakan auto positif feedback

Penjual boleh menggunakan auto positif feedback yang disediakan eBay. Ianya menjimatkan masa.

Caranya ialah pergi ke Account setting, pilih selling preference dan pilih automate feedback

Jika tiada apa yang nak ditulis boleh baca artikel sebelum ini.

Kebarangkalian yang tinggi anda akan dapat feedback jika sudah berikan kepada pelanggan.

5. Hantar pesanan pelanggan dengan waktu yang cepat

Pelanggan semestinya akan tunggu pesanan mereka sampai dengan cepat serta dalam keadaan yang baik.

Anda sebagai penjual perlu memproses pesanan secepat yang mungkin dan menghantar pesanan kepada pelanggan mengikut waktu yang ditetapkan.

Dengan penghantaran yang cepat secara tidak langsung pelanggan akan memberikan rating yang baik kepada jualan anda.

Bukan sahaja hantar dengan cepat, pelanggan perlu terima dengan cepat juga. Pelanggan gembira, penjual pun tak pening kepala.

Penghantaran salah seorang pelanggan BerkatPos di atas ini dari pejabat pada 4 Ogos 2023 iaitu hari Jumaat. Pada 8 Ogos 2023 iaitu hari Selasa penerima sudah terima di USA.

Namun perlu diingat biasa ianya mengambil masa 3 hingga 7 hari bekerja untuk sampai.

6. Minta feedback dari pelanggan

Minta feedback secara tidak langsung dari pelanggan. Apabila barang sudah dihantar mesej pelanggan. Apabila barang sampai tanya pelanggan.

Dan boleh juga beri nota dalam bungkusan yang anda hantar. Minta pelanggan berikan positive feedback kepada anda.

Pelunag untuk dapat maklum balas lebih meningkat.

Sebab perlu dapat positif feedback di eBay

Kepuasan pelanggan adalah perkara yang penting dalam proses jual beli. Sama ada untuk menyakinkan pelanggan lain ianya juga membantu meningkatkan hasil jualan.

Di eBay penjual perlukan positif feedback sebanyak 95% bagi mengelakkan akaun jualan tersebut sebagai top rated seller.

Ianya kerana setiap pelanggan tidak kira sama ada di eBay, Amazon, Shopee dan banyak lagi pelanggan akan lebih yakin untuk membeli dengan penjual yang ada banyak positif feedback.

Anda boleh tanya diri sendiri, jika hendak beli barang nak beli dengan orang yang ada banyak feedback ataupun sikit.

Penjual baru di eBay

Jika anda masih baru dalam perniagaan di eBay dan tiada feedback jangan risau. Ada juga pembeli yang beli barang disebabkan eBay money back guarantee. Ianya polisi dimana jika barang tidak sampai ataupun berlainan daripada deskripsi, pembeli akan dapat balik duit mereka.

Dan jika tidak mahu pening dan barang cepat sampai boleh gunakan kurier BerkatPos untuk hantar barang ke luar negara

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA