Apa Itu Dimensi Dan Berat Bungkusan Barang

Terdapat 2 cara BerkatPos megenakan caj terhadap pelanggan. Yang pertama, dikira mengikut berat barang. Yang kedua adalah mengikut dimensi ataupun volume metrix .

Cara pengiraan dimensi adalah seperti dibawah

Panjang (cm) X Lebar (cm) X Tinggi (cm) ÷ 5000

Sekiranya berat barang dalam kotak seperti gambar diatas adalah 2 kilogram, BerkatPos tidak akan kenakan caj 2 kilogram sebaliknya dikenakan 4.02 kilogram. Pengiraannya seperti formula diatas dimana 

33.5 (cm) X 20 (cm) X 30 (cm) ÷ 5000 = 4.02 kilogram.

Kenapa tidak dikenakan caj mengikut berat sahaja? Jawapannya adalah kerana saiz barang tersebut mengambil ruang yang besar dalam kapal terbang walaupun barang itu ringan.

Sekiranya berat 4 kg manakala ukuran dimensi 2 kg, maka BerkatPos akan caj untuk berat 4 kg.

Anda mungkin juga berminat
Tinggalkan pesanan