Anda ingin hantar dokumen ke luar negara dan tidak tahu cara-cara yang perlu dilakukan bagi menghantar dokumen tersebut?
Pelbagai dokumen yang boleh dihantar ke luar negara seperti surat, wasiat, invois, laporan teknikal, kontrak, sijil, bahan pendidikan, dokumen pengenalan diri dan sebagainya lagi.
Dokumen merupakan salah satu barang yang senang dihantar kerana memudahkan proses pemeriksaan pihak kastam dan sehubungan dengan itu, pelanggan boleh hantar dokumen ke pelbagai negara.
Untuk membuat sebarang penghantaran dokumen ke luar negara BerkatPos menyediakan perkhidmatan ini.
Biasanya pelanggan tahu servis BerkatPos melalui enjin carian google ataupun media sosial seperti Youtube dan TikTok.
Anda boleh hubungi BerkatPos melalui Whatsapp ataupun telegram untuk mendapatkan maklumat lanjut sekiranya ada persoalan.
Dokumen yang hendak diposkan tersebut perlulah dihantar ke pejabat BerkatPos seperti alamat di bawah ini.
Antara dokumen yang pelanggan hantar ke alamat BerkatPos.
Setelah dokumen yang dipos sampai ke pejabat BerkatPos, pihak kami akan memaklumkan kepada anda.
Penghantar boleh membuat pembayaran melalui website BerkatPos mengikut harga berdasarkan alamat dan berat.
Selepas pembayaran dilakukan number tracking akan diberikan dan anda boleh semak di website DHL.
Sekiranya pembayaran dilakukan sebelum pukul 11 pagi, dokumen tersebut akan diuruskan pada hari yang sama.
Pihak BerkatPos akan menghantar dokumen tersebut kepada pihak DHL Express untuk membuat proses penghantaran kepada penerima di luar negara.
Biasanya untuk dokumen ianya mengambil masa 3 hingga 7 hari bekerja. Pelanggan diatas ini pihak kami hantar pada hari Jumaat 28 Julai 2023 dan pada hari Isnin 31 Julai 2023 dokumen sudah diterima.
Ianya mengambil masa hanya satu hari bekerja untuk sampai ke UK. Namun biasanya paling lama 7 hari bekerja.
Anda boleh layari BerkatPos.com untuk maklumat tentang harga untuk hantar dokumen ke luar negara.