Home » Penghantaran barang kepada kenalan rapat di luar negara

Penghantaran barang kepada kenalan rapat di luar negara

Nak hantar barang untuk kenalan rapat ke luar negara?

Mempunyai kenalan rapat yang tinggal di luar negara dengan jarak yang jauh bukanlah salah satu penghalang untuk terus berkomunikasi dan saling mengingati antara satu sama lain.

Kebanyakkan penghantaran barang kepada kenalan rapat di luar negara selalunya berlaku ketika musim perayaan. Antara barang yang di hantar adalah seperti kuih raya, baju raya dan juga beberapa jenis rempah masakan.

hantar barang kepada anak yang tinggal di UK.

Antara contoh pelanggan yang hantar barang kepada kenalan yang tinggal di luar negara.

Proses hantar barang untuk kenalan ke luar negara

1. Memaklumkan kepada BerkatPos

Anda boleh memaklumkan kepada kami yang anda hendak menghantar barang ke luar negara berserta lokasi penerima.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut anda boleh menghubungi BerkatPos melalui Whatsapp ataupun Telegram.

2. Hantar barang ke BerkatPos

Anda boleh membuat penghantar barang mengikut alamat seperti yang tertera di bawah:

Eksport Mudah Network (nama anda)
No 5 Tingkat Atas Jalan Putra 1/5
Bandar IOI Segamat, 85000,
Johor

3. Membuat bayaran melalui website BerkatPos

Selepas barang yang dihantar sampai di BerkatPos, pihak kami akan memaklumkan kepada anda status dan juga berat barang tersebut setelah ditimbang.

Sekiranya barang yang ditimbang ringan tetapi saiz kotak tersebut besar, pembayaran perlulah mengikut pengiraan dimension (panjang x lebar x tinggi  ÷ 5000).

Ianya kerana barang tersebut memerlukan ruang yang besar di dalam kargo walaupun barang tersebut ringan.

Selepas kami memaklumkan berat dan juga dimension barang kepada anda, pembayaranboleh dilakukan melalui website BerkatPos mengikut lokasi penerima.

4. Proses barang untuk dihantar ke luar negara

Selepas pembayaran dilakukan anda diberikan tracking number sebagai rujukan dan anda boleh membuat semakan status barang tersebut melalui website DHL Express.

Sekiranya barang tersebut berada dalam keadaan tidak baik, pihak kami akan memberikan bantuan untuk menambahbaik bungkusan tersebut.

barang kenalan yang siap dan akan dihantar ke luar negara

Contoh bungkusan yang ditambahbaik sebelum dihantar kepada pihak DHL Express.

5. Di hantar ke luar negara

Barang tersebut akan diambil DHL dari pejabat BerkatPos untuk penghantaran kepada penerima di luar negara.

Penerima boleh tunggu barang sampai dalam tempoh 3 hingga 7 hari waktu bekerja. Tetapi, ianya bergantung juga kepada pelepasan kastam dan cuaca.

Maklumbalas pelanggan BerkatPos

Penerima ini gembira apabila barang smpai dalam masa 3 hari bekerja sahaja dari Malaysia ke USA. Beliau hantar barang kepada anaknya yang sedang melanjutkan pelajaran di USA.

Konklusi

Bagi yang ingin hantar barang ke luar negara sepantasa 3 hingga 7 hari bekerja boleh gunakan khidmat BerkatPos. Ianya tertakluk kepada pelepasan kastam dan cuaca.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA