Jika anda hadapi masalah mencari item number eBay jangan risau! Artikel ini akan tunjukkan proses mencarinya dengan mudah.
Tidak kisah samada anda pembeli yang buat pembelian ataupun penjual yang uruskan eBay listing anda.
Bagi pembeli yang ingin membeli sekali lagi adakah mudah mencari dengan number ini. Mungkin tidak tahu beli dari penjual mana.
Sebagai penjual ianya mudah untuk mencari eBay listing samada untuk menjawab pertanyaan bakal pembeli ataupun uruskan komplen daripada pembeli.
Jadi macam mana nak cari? Jika taip produk di bahagian search eBay ada beribu dan berjuta produk.
Ianya digit 12 unit unik dimana akan dapat selepas penjual listing barang di website eBay. Ianya berbeza untuk setiap listing.
Anda akan dapat secara automatik selepas listing anda live di website eBay. Jika listing anda save di draft tidak dapat nombor ini.
Ianya ada di listing eBay. Atas Item specifics sebelah kanan untuk paparan di web seperti gambar diatas. Paparan mobile pun sama juga di bahagian ini.
Selepas anda buat listing akan terima email dari eBay. Di dalam email itu ada juga number ini. Jika beli barang pun akan dapat juga nombor ini.
Bagi yang membeli barang di eBay anda akan dapat butiran ini di bahagian order. Ataupun boleh semak di email anda.
Jika anda ingin cari barang di eBay boleh guna number ini. Tidak kisah di apps ataupun laman web.
Anda boleh search barang samada menggunakan advanced search, Terapeak, search eBay di web ataupun search di apps seperti di bawah.
Jika ingin cari di laman web boleh guna ini
Hanya perlu tukar 12 digit yang belakang itu jika ingin cari barang lain. Tukarkan 285166745795 kepada number yang lain.
Ini bagi memudahkan penjual yang ada beberapa akaun eBay dan hanya ingin lihat barang yang laku di eBay tanpa perlu log masuk akaun eBay yang lain.
Sebagai penjual nombor ini memudahkan untuk
Dengan menggunakan nombor item, anda boleh mencari item ataupun barang yang serupa dengan mudah dan membandingkan harga, keadaan dan rating penjual lain.
Ini boleh membantu anda membuat keputusan tentang harga jual di eBay. Ataupun jika anda ingin membeli boleh bandingkan barang lain.