Home » Kenapa eBay hold funds penjual?

Kenapa eBay hold funds penjual?

Seronok bila dapat order dari buyer USA. Lagi-lagi bila pertama kali berjaya jual. Sekali tengok transaksi : eBay hold funds.

Terus kecewa sekejap. Sebelum itu kenapa eBay buat begini dan adakah platform ini sahaja yang lakukannya?

Penjual baru ataupun penjual lama perlu faham kenapa eBay buat perkara ini. Ini merupakan salah satu daripada polisi eBay. Jika penjual tahu tentang polisi ini maka peluang yang cerah untuk dapat funds dari pembeli serta merta.

Bukan eBay sahaja kenakan polisi ini. Platform lain pun sama juga. Shopee, Lazada, TikTok Shop, ETSY dan juga Amazon.

Bagaimana nak tahu kena holds?

Mudah sahaja. Anda akan terima notifikasi mengenai holds ini di email order barang eBay. Bergantung kepada jenis holds mungkin anda perlu selesaikan masalah ini.

Proses pembayaran eBay

Untuk penjual di Malaysia, eBay kenakan syarat penjual untuk menggunakan akaun Payoneer bermula Jun 2021. Sebelum ini penjual gunakan PayPal.

Untuk pembeli mereka boleh bayar menggunakan Apple Pay, Google Pay, kad debit, kad kredit ataupun PayPal.

Kelebihan dapat funds serta merta sangat penting. Bayangakan jika seminggu dapat order $5000 USD maka anda perlu keluarkan duit dahulu.

Kenapa eBay hold funds?

1. Penjual eBay baru ataupun penjual dengan sales sikit

Semua penjual eBay baru kena holds jualan yang mereka terima. Penjual dengan hasil jualan rendah pun kena hold juga.

Ini kerana hasil jualan masih rendah dan eBay mahu pastikan yang penjual ini uruskan order dengan cepat. Juga selepas pembeli terima barang yang dibeli, eBay mahu pastikan ianya berjalan lancar kepada pembeli.

Hasil jualan ini bermaksud berapa banyak transaksi yang sudah berjaya. Nilai jualan tidak dikira. Ini bagi menunjukkan penjual mempunyai banyak rekod baik.

2. Tiba-tiba order banyak

Katakan sebelum ini jualan sekitar $2000 USD sebulan. Kemudian jumpa barang yang laku dan terjual dengan banyak. Seminggu $3000 USD hasil jualan. Peningkatan yang mendadak.

eBay hold funds ada juga kes eBay minta resit untuk barang yang laku keras ini.

Jika eBay berpuas hati dengan resit yang diterima maka akaun akan tidak kena holds. Jika eBay mahu lagi supporting dokumen maka anda perlu hantarkan lagi.

3. Pembeli open cased

Selepas pembeli terima dan mereka tidak puas hati kerana berlainan dengan deskripsi. Ataupun apa jua alasan mereka dan kemudian open cased.

Ia bagi memastikan eBay menyiasat dahulu untuk kumpul informasi bagi kes yang terlibat ini.

Ianya bukan perkara yang seronok bago penjual dan pembeli. Cuma eBay nak pastikan yang platform mereka selamat.

4. Akaun eBay kena restricred ataupun suspend

Ada banyak sebab. Antara sebab yang selalu ialah penjual jual barang tidak boleh jual di eBay. Ubat kuat, barang VERO dan juga barang terlarang.

Jika akaun banyak cancel order ataupun refund daripada disputed dari pembeli pun masuk ke kategori ini.

Jenis hold

1. Payout holds

Jenis ini anda perlu selesaikan masalah yang terjadi pada akaun eBay. Ada polisi eBay yang anda langgar. Samada banyak negative feedback atau ramai pembeli komplain barang lambat sampai.

eBay hold funds disebabkan banyak komplen ataupun negative feedback

2. Barang terima berlainan daripada deskripsi

eBay menekankan tentang Money Back Guarantee. Dimana jika barang yang diterima berlainan maka pembeli akan dapat duit mereka semula.

3. Transaksi hold

Ini antara perkara biasa kena hold. Samada pembeli ingin return kepada penjual ataupun ada apa-apa masalah lain.

Ada juga kes yang mana pembeli kata tidak beli barang gunakan akaun mereka. Kes ini biasanya anak mereka yang beli barang. Pembeli open kes dengan payment provider yang digunakan untuk membayar barang di eBay.

Jika barang anda menunjukkan sudah sampai kepada pembeli maka penjual akan memang kes ini. Disini pentingnya guna kurier yang boleh track secara masa nyata seperti BerkatPos.

Pernah juga berlaku yang barang menunjukkan sudah sampai tetapi pembeli katakan tidak terima barang. Ada macam-macam senario.

Ada yang ahli keluarga sudah ambil tetapi tidak beritahu. Ada jiran yang ambilkan. Dan bermacam-macam lagi. Suruh tanya pembeli dulu dengan ahli dalam rumah ataupun jiran.

Penjual akan dapat fund dalam masa 2 hari bekerja. dengan transaksi hold ini maka ianya tidak available selagi kes ini tidak selesai.

Konklusi

Memang menyusahkan penjual apabila terima masalah ini. Namun eBay hendak pastikan platform mereka mesra pembeli. ia juga bagi memastikan penjual mengikut polisi eBay.

Jika disebabkan kurier lambat hantar barang, anda boleh gunakan kurier express daripada BerkatPos dimana ianya hanya mengambil masa 3 hingga 7 hari bekerja untuk sampai ke luar negara.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA