Home » 5 perkara penting sebelum pos barang ke luar negara

5 perkara penting sebelum pos barang ke luar negara

Sebelum anda ingin pos barang ke luar negara pastikan anda tahu beberapa elemen atau perkara ini. Ia bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini seperti barang penerima terima rosak ataupun kena tahan kastam ataupun kena bayar cukai kastam yang tidak sepatutnya.

Antara elemen ataupun faktor yang terlibat ialah

Cara packing barang dan dimensi

Bagi yang baru ataupun tidak pernah hantar atau pos barang samada ke dalam ataupun luar negara biasanya akan ada masalah tentang packing barang.

Untuk mudah packing barang gunakan bubble wrap double layer. Ianya lebih selamat berbanding single laye bubble wrap. Namun ianya bergantung juga kepada barang.

Dan apabila terlebih packing akan ada masalah lain pula seperti terlebih berat ataupun dimensi.

Setiap kurier akan kenakan caj mengikut berat ataupun dimensi. Mana satu lebih tinggi. Jika berat 2 kg dengan dimensi 4 kg maka caj yang dikenakan adalah 4 kg bukannya 2 kg.

Jika berat 3 kg dengan dimensi 1 kg maka caj yang dikenakan adalah 3 kg.

Boleh baca lebih lanjut tentang berat dan dimensi di artikel ini.

BerkatPos akan sedaya upaya optimumkan bungkusan barang bagi memastikan berat idak terlebih mahupun terkurang yang mungkin menyebabkan barang sampai dalam keadaan rosak.

Alamat penerima

Jika penerima menggunakan alamat APO / FPO maka pihak kurier tidak boleh hantar. Ianya alamat kawasan tentera laut, udara dan darat USA.

Ada kurier yang tak hantar ke alamat PO Box. Ianya alamat seperti kawasan apartment ataupun pejabat. Kurier perlu hubungi penerima dahulu. BerkatPos boleh hantar ke kawasan ini.

Sekiranya penerima tinggal di kawasan pendalaman ataupun kawasan terpencil biasanya akan ada caj tambahan dikenakan.

Jenis barang yang nak dihantar

Tidak semua barang boleh di pos ke luar negara. Barang yang mudah terbakar seperti ada logo mudah terbakar dibawah.

contoh yang tak boleh pos barang luar negara

Untuk penghantaran ke Germany, France ataupun eropah barang kesihatan ataupun makanan susah nak lepas kastam. Ke Australia pun sama. Ke UK dan USA masih boleh lagi.

Biasany bagi mereka yang gunakan BerkatPos kami akan beritahu lebih lanjut tentang risiko ini.

Cukai yang dikenakan

Ada 2 perkara yang tak boleh elak di dunia ini. Satu mati dan satu lagi kena cukai.

Biasanya jika penerima adalah pembeli dari platform luar negara mereka sudah bayar cukai di platform e-dagang itu. Jika hantar kepada kenalan biasanya pengguna BerkatPos tidak kena bayar cukai kecuali ke Canada.

Bagi mereka yang menggunakan servis BerkatPos maklumat lanjut tentang cukai ini akan kami terangkan. Di artikel sebelum ini kami ada ulas.

Jangkaan masa

Bagi yang menggunakan kurier ekonomi seperti Singpost ataupun Flexipack International Pos Malaysia ianya mengambil masa 2 minggu hingga 4 minggu untuk sampai ke destinasi.

Jika guna servis BerkatPos untuk pos barang ke luar negara ianya sepantas sehari hingga 7 hari bekerja. Bergantung kepada perlepasan kastam dan juga cuaca.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA