Home » Barang yang dikenakan cukai kastam ke luar negara

Barang yang dikenakan cukai kastam ke luar negara

Untuk hantar barang ke luar negara penting untuk tahu barang dan nilai yang dikenakan cukai oleh kastam. Ia bagi memudahkan transaksi dan pelepasan kastam. Ianya dinamakan de minimis value.

De minimis value ialah nilai minimum yang dikenakan cukai untuk dihantar ke negara penerima. Setiap negara berbeza nilainya.

Sebagi contoh jika anda beli barang dari luar negara dan apabila ingin masuk ke Malaysia pihak kastam akan kenakan cukai sekiranya harga barang dan kos penghantaran melebihi RM500.

Cukai barang bernilai rendah (LVG)

Menurut laporan daripada Malaymail bermula April 2023 barang yang bernilai bawah RM500 pun akan dikenakan cukai. Namun pembelian di Shopee dari penjual dari China pada bulan April 2023 seperti dibawah masih tidak dikenakan cukai.

barang yang dikenakan cukai kastam bermula april 2023 tetapi masih belum dikenakan.

Tidak pasti bila barang dikenakan cukai kastam untuk nilai rendah ini dikuatkuasakan oleh kastam Malaysia untuk pembelian dari luar negara. Untuk de minimis value bagi setiap negara anda boleh baca di pautan ini.

Penghantaran ke USA antara paling tinggi tidak dikenakan cukai. Untuk nilai penghantaran kurang dari $800 USD tiada cukai dikenakan. Untuk penghantaran ke Australia $1000 AUD tidak dikenakan cukai.

Cukai e-dagang

Namun untuk pembelian di laman e-dagang di USA sepeti di Amazon, eBay, ETSY pembeli tetap akan dikenakan cukai. Ianya berbeza mengikut undang-undang negeri di USA.

Untuk pembelian e-dagang Australia pembeli juga dikenakan cukai jika penjual dari luar Australia.

Namun jika untuk dihantar kepada kenalan seperti ke USA, UK, Australia tiada cukai dikenakan. Ramai yang menggunakan khidmat BerkatPos untuk penghantaran ke negara ini tidak dikenakan cukai.

Penghantaran kepada kenalan ke UK ianya mestilah tidak melebihi £135 semasa artikel ini ditulis. Untuk ke Canada tidak melebih C$20. Jika barang besar dan anda nilaikan C$20 pihak kastam Canada tetap akan kenakan cukai mengikut anggaran yang mereka tetapkan.

Bagi yang ingin hantar ke UK dan eropah untuk order dari marketplace ataupun platform jualan ini yang perlu anda ambil tahu tentang VAT.

Tidak pasti ataupun konfiden tentang cukai ke luar negara?

Bagi mereka yang menggunakan khidmat BerkatPos.com kami sudah biasa berurusan hantar barang ke luar negara. Jika barang dikenakan cukai oleh kastam luar negara anda boleh bayarkan bagi pihak penerima.

BerkatPos akan uruskan namun ada sedikit caj jika penghantar ingin bayar yang dikenakan oleh pihak kurier. Tiada caj tambahan jika penerima yang bayar cukai.

Bagi memudahkan penghantaran dan urusan ke luar negara boleh gunakan khidmat BerkatPos.com.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA