Bukan senang cara nak dapatkan repeat order dan bukan juga mustahil untuk anda mendapatkannya. Yang penting jangan putus asa dah teruskan menjual. Tak kisah di platform seperti Magento, Woocommerce, Shopify, eBay, Amazon atau platform lain.
Semakin ramai pembeli seperti ini semakin tinggi nilai jualan dan juga semakin rendah kos pemasaran. Ianya boleh diumpamakan pembeli dari syurga.
Antara faktor dan cara yang anda boleh lakukaan berdasarkan pengalaman kami sendiri ialah
Tak semua tetapi kebiasaannya yang beli secara pukal adalah peniaga. Jadi kebarangkalian tinggi pembeli barang anda ini menjual balik.
Jika anda menjual di eBay atau Amazon mereka tahu yuran di platform ini antara 15% sehingga 30% bergantung kepada kategori dan juga ads.
Tawarkan harga selepas tolak yuran ini merupakan salah satu cara nak dapatkan repeat order. Boleh deal di luar platform ini selepas mereka membeli untuk order seterusnya. Walaupun tak ramai yang nak deal luar platform tetapi jika ada pembeli macam ini memang berbaloi.
Jualan diatas merupakan secara bulk ataupun pukal dimana pembeli ini penjual juga di platform UK.
Ada banyak cara untuk terima pembayaran dari luar negara. Boleh baca aartikel dibawah ni dan pilih mana satu yang sesuai dengan anda.
Cara terima duit dari luar negara ke Malaysia
Macam mana pembeli nak beli kalau anda tidak lagi menjual. Teruskan menjual dan pastikan pembeli tahu anda masih aktif.
Salah satu cara ialah mereka lihat anda di platform. Masih menjual lagi ke anda.
Katakan anda masih menjual di platform luar negara, biasa mereka tengok dulu samada anda masih lagi menjual ataupun tidak di platform itu.
Katakan pembeli beli banyak barang A. Beri sekali sampel barang B. Buat sedikit nota dalam bungkusan yang anda itu tentang barang B.
Siapa tahu ada rezeki pembeli beli barang B.
Sebagai contoh pembeli ingin beli ubat gigi sensodyne dan pada masa yang sama hantar sekali yoko yoko dan selepas itu dapat order tambahan yoko yoko.
Dalam dunia media sosial sekarang respon yang pantas merupakan salah satu kepercayaan utama. Semuanya nak cepat.
Untuk urusan pertama kali jika anda jawab dengan pantas merupakan salah satu bonus. Namun selepas banyak kalu berurusan jika lambat sedikit tiada masalah. Hanya perlu minta maaf sebab lambat balas jika ada urusan lain.
Ada juga yang selalu minta diskaun. Kadang-kadang sampai tak masuk akal nak minta diskaun. Jika margin keuntungan masih bagus boleh bagi. Jika margin keuntungan nipis lebih baik tak perlu teruskan.
Jangan risau jika ada rezeki tak ke mana. Jika tidak boleh bagi beritahu sahaja bakal pembeli.
Biasanya kos penghantaran dan juga kos beli barang akan naik setiap tahun. Bukan di Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia disebabkan inflasi.
Tak semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Itu perkara biasa. Jika ada masalah seperti barang sampai dalam keadaan rosak ataupun seribu satu lagi masalah perlu ambil tanggungjawab.
Jika perlu ganti separuh harga ataupun apa-apa persetujuan dari kedua pihak. Biasanya bukan selalu ada masalah ini.
Kalau ada 10 order hanya ada satu masalah pun masih boleh untung. Sebab tu jangan ambil margin yang terlalu nipis.
Siapa tak suka kan jika dapat barang cepat. Boleh dikatakan cara nak dapatkan repeat order ni disebabkan faktor ini.
Walaupun di luar negara, penerima boleh terima dalam masa sehari hingga 7 hari bekerja dengan menggunakan servis BerkatPos.com.