Home » Pro & Con eBay dropshipping : Berbaloi ke?

Pro & Con eBay dropshipping : Berbaloi ke?

Jika terfikir untuk buat perniagaan eBay secara dropshipping penting untuk anda tahu kelebihan dan kekurangannya. Memang betul ianya boleh tawarkan banyak produk kepada bakal pelanggan. Namun cabaran yang perlu dipertimbangkan adalah kualiti produk itu dan perkhidmatan pelanggan.

Apa itu eBay dropshipping?

Ianya model perniagaan di mana penjual listing produk di eBay tanpa ada stock di tangan. Apabila pelanggan membuat pembelian, penjual akan order dari pembekal untuk terus hantar kepada pelanggan. Ianya dapat mengurangkan kos pendahuluan dan risiko barang tidak terjual.

Nampak macam menarik cuma penjual tidak dapat kawal kualiti produk dan proses penghantaran yang mana boleh mendatangkan ketidak puas hati kepada pelanggan.

Kelebihan

Ia memerlukan pelaburan pendahuluan yang minimum kerana penjual tidak perlu membeli dan menyimpan barang. Penjual juga boleh jual banyak barang kepada pembeli.

Dropshipping juga membolehkan penjual jimat masa dengan tidak packing barang dan boleh fokus kepada kerja hakiki.

13 senarai penyedia dropshipping anda boleh baca disini.

Kekurangan

Bergantung sepenuhnya kepada pembekal untuk stock dan inventori sangat berisiko. Banyak kes dimana pembekal kehabisan stok atau menghantar produk dengan kualiti yang rendah ataupun barang yang hampir tamat tarikh luput.

Adakah berbaloi eBay dropshipping?

Ianya bergantung kepada banyak faktor. Dari sudut positif ianya membolehkan penjual mulakan dengan kos yang rendah. Bagi yang menjual eBay secara part time ianya sangat membantu kerana banyak masa yang diperlukan untuk packing dan hantar barang.

Namu cabaran model perniagaan dropshipping seperti yang dinyatakan sebelum ini. Ada juga kes dimana pembekal sepatutnya hantar produk warna biru tetapi hantar warna merah kerana kehabisan stok.

kalau pembeli tidak kisah tiada masalah. Kalau pembeli cerewat silap hari bulan dapat negative feedback atas kesalahan pembekal.

Adakah eBay benarkan penjual buat dropshipping?

Menurut eBay anda dibenarkan gunakan model perniagaan ini. Boleh baca disini. Antara perkara yang ditekankan ialah

Jika penjual menggunakan model dropshipping, anda masih bertanggungjawab untuk penghantaran item yang selamat dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam listing. Dan juga bertanggungjawab untuk kepuasan keseluruhan pembeli dengan pembelian mereka.

Untuk penjual baru sesuai ke?

Tidak sesuai kerana untuk akaun baru eBay anda perlukan resit untuk verify akaun eBay. Resit ini ialah barang yang ingin dijual di eBay.

Dan ada banyak lagi selok belok yang mungkin penjual baru tidak tahu.

Bagaimana BerkatPos boleh tolong anda ala dropshipping?

Ramai pengguna BerkatPos yang menjual di eBay tiada stok di tangan. Jika ada order di marketplace mereka akan order dari pembekal dan hantar ke pejabat BerkatPos.

Ataupun jika ada stock di tangan mereka akan poskan terus ke pejabat.

Biasanya kami akan check dahulu barang yang sampai di pejabat cukup ataupun tidak dengan kuantiti yang pembekal hantar. Ataupun ada permintaan lain seperti tarikh luput barang itu.

Jika dropshipping pembekal terus hantar kepada pembeli. Yang ni pembekal hantar kepada BerkatPos untuk pengurusan hantar barang ke luar negara.

Konklusi

Agak sukar untuk kawal pembekal hantar barang tanpa semak dahulu barang yang nak dihantar. Jika terima 20 feedback dimana 3 daripadanya dapat negative disebabkan pembekal. Maka feedback di marketplace sudah jadi 85% (17/20 x 100%).

Itu belum dikira lagi kena refund kepada pembeli. Untuk akaun baru jangan buat dropshipping dahulu. Sangat bahaya.

Dropshipping lebih sesuai jika anda ada website sendiri berbanding menjual di marketplace.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA