Home » Cara pos barang besar & berat dari Malaysia ke luar negara

Cara pos barang besar & berat dari Malaysia ke luar negara

Ingin tahu cara hantar ataupun pos barang besar atau berat dari Malaysia tetapi tidak pasti tentangnya? Dalam artikel ini kami akan kongsi idea dan cara untuk memudahkan penghantaran.

Sama ada anda pemilik perniagaan kecil, penjual dalam talian atau individu yang menghantar hadiah, kami faham bahawa menghantar barang yang besar ke luar negara selalunya boleh menjadi tugas yang sukar.

Daripada memilih bahan pembungkusan yang betul kepada memilih penyedia perkhidmatan penghantaran yang paling boleh dipercayai, artikel ini mungkin membantu anda melalui setiap langkah proses.

Kami juga akan berkongsi pandangan tentang pilihan penghantaran yang menjimatkan kos, peraturan kastam dan cara memastikan penghantaran selamat barang berharga anda.

Cabaran dan cara untuk pos barang besar & berat

Barangan ini memerlukan pengendalian dan pembungkusan yang betul untuk memastikan selamat tiba di destinasi. Pembungkusan yang sesuai yang boleh menahan berat dan melindungi barang semasa transit.

Saiz dan berat barang ini mempengaruhi kos penghantaran kerana pihak kurier mengenakan bayaran berdasarkan faktor ini. Ianya dinamakan berat sebenar dan volumetrik.

Sekiranya berat sebenar ialah 2 kg dan volumetrik ialah 4 kg maka pihak kurier akan kenakan caj 4 kg. Jika volumetrik 1 kg dan berat sebenar 3 kg maka pihak kurier akan kenakan caj 3 kg. Ianya standard industri dimana pengiraan yang paling besar akan diambil dalam mengenakan caj.

Anda boleh baca mengenai berat & volumetrik disini.

Ada juga had untuk dimensi barang yang ingin dihantar. Sebagai contoh dimensi yang paling tinggi adalah 120 cm (sisi ukuran) bagi berkatpos. Jika lebih dari itu akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM550.

cara pos barang besar berat dengan mengira sekali dimensi
sisi kotak ini 52 cm

Anda perlu tanya kurier yang ingin digunakan jika melebihi 120 cm. Ada yang kenakan had kurang ada yang kenakan had lebih dari itu sebelum surcharge ataupun caj tambahan dikenakan.

Pilih bahan ataupun kotak yang betul untuk packing

Ianya penting untuk memastikan tiada barang yang rosak semasa penghantaran. Antara perkara yang perlu dipertimbangkan ialah

  • Kotak yang tebal. Ada kurier yang berikan secara percuma. Ada juga kotak yang dikenakan caj. Biasanya kotak yang dikenakan caj ialah kotak yang tidak akan dimakan oleh anai-anai ataupun serangga perosak.
  • Bubble wrap dan foam padding. Bungkus barang berasingan sebelum masukkan kedalam kotak.
  • Isikan ruangan yang kosong dengan kotak ataupun kertas. Ia bagi memastikan barang tidak bergerak dan menghentam satu sama lain.
  • Pita pembungkus yang kuat. Ia bagi memastikan kotak di salotip dengan kuat dan kekal utuh semasa transit.

Keperluan kastam untuk import dan eksport

Salah satu cara dan keperluan untuk pos atau hantar barang besar dan berat ke luar negara ialah undang-undang yang ditetapkan oleh kastam sesebuah negara.

1. Dokumentasi yang betul.

Pastikan semua dokumen kastam yang diperlukan dilengkapkan dengan tepat dan disertakan bersama penghantaran anda. Ini termasuk invois komersial, senarai pembungkusan dan sebarang kertas kerja lain yang diperlukan.

2. Nilai yang diisytiharkan

Isytiharkan nilai tepat item anda pada dokumen kastam. Kurang mengisytiharkan atau menyalahgambarkan nilai boleh menyebabkan kelewatan atau penalti.

3. Duty & cukai

Ianya juga dikenali sebagai de minimis value. Sebagai contoh untuk penghantaran ke USA nilai kurang $800 USD tidak dikenakan cukai. Untuk ke UK £135, ke Canada $20 CAD ke kesatuan eropah 150 EUR.

Jika hantar barang 10 kg ke Canada tetapi anda ishtiharkan nilai $20 CAD biasanya kastam akan kenakan caj juga. Ini kerana tidak logik barang besar tetapi nilai rendah.

4. Barang larangan

Setiap negara ada undang-undang yang membolehkan sesuatu barang itu tidak boleh masuk ke negara mereka.

Menjejak & memantau perjalanan pakej anda

Pastikan kurier yang digunakan boleh jejak barang dalam masa nyata. Kebanyakan pihak kurier akan sediakan khidmat ini. Ini antara perkara yang anda perlu

  • Tracking number. Pastikan ianya boleh dijejak di website penyedia kurier.
  • Pemberitahuan. Ada kurier yang akan hantar email kepada anda sekiranya barang lambat sampai ataupun ada sebarang masalah.

Pilihan insuran atau takaful untuk barangan berharga

Cara menghantar & pos pakej besar dan berat, terutamanya jika ia mengandungi barang berharga adalah penting untuk mempertimbangkan pilihan insurans.

Walaupun pihak kurier mungkin menawarkan beberapa perlindungan asas, anda perlu fikirkan insurans tambahan untuk perlindungan tambahan.

Biasanya ada 2 pilihan samada insuran dari pihak kurier ataupun insuran dari pihak ketiga. Biasanya jarang berlaku barang hilang. Mengikut pengalaman BerkatPos dalam 3000 penghantaran ada 2 sahaja yang hilang.

Namun jika barang anda termasuk dalam 2 itu agak tidak bernasib baik.

Selidik kadar penghantaran & servis pihak kurier

Tanya dahulu caj yang dikenakan pihak kurier. Dan bandingkan juga servis yang mereka sediakan samada sesuai ataupun tidak dengan kehendak anda.

Jika ingin hantar dengan cepat maka guna penghantaran melalui kapal terbang. Jika hendak murah boleh gunakan kapal laut.

Biasanya kapal laut mengambil masa 4 hingga 6 minggu untuk sampai ke destinasi.

Konklusi

Dengan sedikit tips dari artikel ini diharap dapat membantu anda menghantar barang besar dan berat ke luar negara. Yang penting tanya diri sendiri apa keperluan dan kehendak anda.

Tiada masalah jika ingin hantar barang dengan berat sehingga 50 kg menggunakan khidmat BerkatPos.com. Kami sudah beberapa kali hantar barang dengan berat ini ke USA.

Untuk penghantaran menggunakan kontena ke USA pihak BerkatPos belum sediakan khidmat itu lagi.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA