Home » Marketplace platform jual online luar negara yang boleh dicuba

Marketplace platform jual online luar negara yang boleh dicuba

Ada banyak platform atau marketplace jual online luar negara. Tak perlu modal yang besar untuk permulaan. Bahasa inggeris bukan penghalang utama. Tak perlu sewa kedai dahulu.

Disarankan untuk mula menjual dengan menggunakan laptop ataupun desktop. Boleh juga gunakan telefon bimbit cuma ianya agak sukar sedikit.

Modal bergantung kepada barang yang anda jual. Untuk permulaan boleh jual barang yang harga rendah dan mudah terjual. Selepas tahu bagaimana platform tu berfungsi baru fikir kembangakan perniagaan. Bagi yang tidak pandai bahasa inggeris boleh gunakan google translate dan Quilbot.com. Ianya percuma.

Bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang mencarai peluang jana pendapatan tambahan berniaga online boleh pertimbangkan platform ni

1. eBay

Salah satu platform atau marketplace jual barang online yang popular di luar negara terutamanya yang berbahasa inggeris seperti negera USA, UK, Canada & Australia. Ada ramai yang menggunakan khidmat BerkatPos merupakan penjual eBay.

Bagi yang buka akaun persedirian tidak perlu SSM. Jika buka akaun bisnes eBay maka perlu SSM. Modal yang diperlukan untuk buka akaun ialah kad debit ataupun kad kredit. Tiada yuran bulanan yang eBay kenakan untuk permulaan.

Platfrom eBay tempat yang terkenal jual produk fizikal berbanding digital.

Anda boleh jual barang secara lelongan (BID) ataupun harga tetap. Contoh barang yang terjual boleh baca artikel 7 barang Malaysia yang laku di eBay.

2. ETSY

Platform yang membolehkan anda menjual produk fizikal vintage ataupun POD iaitu print of demand. POD ni jika ada order baru anda ataupun supplier buat seperti cetakan nama di cawan, baju, topi dan juga barang lain. Produk fizikal lain seperti kertas untuk membuat origami ramai penjual Malaysia yang jual dan laku.

Marketplace jual online luar negara di platform ETSY. Origami merupakan salah satu barang yang banyak dijual.

Sudah banyak penjual dari Penang ni menjual kertas untuk membuat origami. Bukan penjual ini yang buat origami ye. Hanya jual kertas untuk membuat origami beserta tutorial tentang cara buat origami.

ETSY juga terkenal dengan produk digital. Anda boleh jual dalam bentuk fail PDF seperti cara buat jahitan di baju ataupun jual kertas untuk diwarna.

marketplace jual online dengan cara buat duit di ETSY.

Salah satu cara buat duit di ETSY ini anda jual dalam bentuk fail PDF. Apabila ada barang terjual pembeli akan muat turun dan cetak sendiri. Tiada penghantaran perlu dilakukan.

Barang vintage iaitu barang yang berusia lebih dari 20 tahun semasa juga banyak dijual. Sebagai contoh baju bundle dan sapu tangan.

Ada juga beberapa penjual ETSY yang menggunakan servis BerkatPos untuk hantar barang ke luar negara.

Yuran ETSY bagi setiap barang yang terjual.

3. Bonanza

Merupakan salah satu platform atau marketplace jual online luar negara. Namun ianya kurang popular di kalangan penjual dari Malaysia.

Jika sudah buat listing di eBay anda boleh sync kan dengan akaun Bonanza. Jadi tak perlu buat listing lagi di Bonanza.

Bonanza juga menawarkan untuk membuat website e-dagang anda sendiri di platform mereka. Harga bermula $25 USD sebulan.

Jika bakal pembeli masuk ke website anda mereka akan hanya nampak barang yang anda jual sahaja. Cuma cabaran disini ialah macam mana nak ada trafik ataupun pelawat masuk ke website?

Salah satu cara ialah dengan membuat iklan di google. Pilihan ini ada di Bonanza. Anda boleh pilih berapa peratus yang anda sanggup untuk mengiklankan di google.

Oh ye ada juga penjual Bonanza yang menggunakan servis BerkatPos.

4. Grailed

Ianya merupakan platform menjual barang berjenama. Tidak kisah samada baru ataupun terpakai.

Penjual perlu ada akaun PayPal bisnes untuk menerima pembayaran dari pembeli. Jadi SSM diperlukan untuk buka akaun PayPal bisnes.

Contoh baju bundle yang terjual di Grailed. Ianya dibeli dengan harga RM10 dan dijual dengan harga $90 USD.

Bagi yang minat untuk menjual barang bundle masa merupakan salah satu kekangan dan halangan. Jika anda ada masa boleh pergi ke kedai bundle dan cari baju.

5. GOAT.com

Bukan jual kambing ye. Ini merupakan salah satu platform menjual kasut dan aksesori berjenama. Ianya hampir sama seperti Grailed cuma cara menjual berbeza sedikit. Jika barang terjual di Grailed anda terus hantar kepada pembeli.

Di Goat.com jika ada barang terjual anda perlu hantarkan barang itu ke gudang Goat dahulu. Selepas sampai staf Goat akan periksa samada barang yang dijual itu original ataupun tidak. Sempurna ataupun tidak jika jual barang baru.

Cara buat duit dengan GOAT ialah anda perlu tahu barang yang trending. Barang terjual di atas dibeli di kedai Nike di pasaraya KL. Biasanya mereka yang tinggal di lembah klang mempunyai peluang yang cerah.

Jika ada kasut baru keluar penjual ini akan beratur dahulu di kedai kasut. Keluaran kasut ini juga sangat terhad. Dan modal untuk menjual juga tinggi kerana harga kasut boleh cecah sehingga beribu ringgit. Tu belum terjual lagi.

Ada juga yang beli kasut baru di Group Facebook. Kemudian jual balik di Goat.

Akhir kalam

Bergantung kepada modal dan minat anda pilih platform yang mana sesuai. Hampir semua orang boleh bermula dengan eBay, ETSY dan Bonanza. Untuk Grailed dan GOAT ianya memerlukan kemahiran dan pengetahuan serta modal yang besar.

Sebenarnya ada banyak lagi platform atau marketplace jual barang online di luar negara.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA