Home » Perubahan alamat BerkatPos

Perubahan alamat BerkatPos

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua. Bermula 12 Julai 2023 alamat untuk pengurusan BerkatPos hantar ke luar negara

Eksport Mudah Network (nama anda)
No 5 Tingkat Atas Jalan Putra 1/5
Bandar IOI
Segamat, Johor 85000
Malaysia

Untuk Google Map adalah seperti diatas.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini alamat buat Eksport Mudah Network (nama anda). Ini bagi mempercepatkan dan melancarkan lagi proses penghantaran.

Bagi yang sudah simpan alamat sebelum ini di Pasir Gudang di Shopee, Lazada ataupun supplier lain sila ubah ke alamat Segamat.

Untuk alamat Segamat anda boleh walk in juga. Pastikan hubungi kami dahulu sebelum walkin. Waktu operasi ialah

Isnin hingga Jumaat ; 8 pagi sehingga 5 petang.

Sabtu, Ahad dan public holiday pejabat BerkatPos Segamat tutup.

Pejabat BerkatPos Pasir Gudang hanya untuk walk in sahaja. Bagi pelanggan BerkatPos yang sudah walkin sebelum ini ataupun pelanggan baru di Pasir Gudang masih boleh datang ke pejabat.

Alamat di Pasir Gudang Berkat Global Network No 21B, Jalan Eko Perniagaan 9 Taman Kota Masai 81700, Pasir Gudang, Johor.

Jika anda terhantar barang dari supplier ke pejabat BerkatPos Pasir Gudang ianya masih boleh dihantar cuma akan ada kelewatan kerana staf sepenuh masa operasi sudah berpindah ke Segamat.

Terima kasih.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA