Home » 9 langkah untuk cara deal luar eBay dari kisah sebenar

9 langkah untuk cara deal luar eBay dari kisah sebenar

Seronok kalau dapat tahu cara deal luar eBay dengan pembeli. Mana tak gembira kalau boleh jimat yuran eBay. Sebab itu eBay sudah tak beri email personal pembeli. Yang diberikan hanya email dengan domain eBay seperti ini 1234(at)members.eBay.com.

Pertama sekali kebiasaan pembeli ini adalah peniaga juga. Mereka beli dari anda untuk dijual balik di negara mereka di pasar malam ataupun marketplace di negara mereka.

Ada juga mereka yang hanya beli ini untuk kegunaan persendirian. Cuma anda kena tahu yang pengguna persendirian hanya beli dalam kuantiti yang sedikit. Apabila barang mereka habis baru mereka kembali beli. Itupun mengambil masa yang lama untuk barang mereka habis digunakan.

Langkah demi langkah untuk cara deal luar eBay

1. List barang di eBay dengan kuantiti yang banyak

Untuk dapatkan pembeli perlu listkan di eBay dahulu secara bulk di eBay. Jika anda perasan di eBay ramai yang menjual dengan kuantiti yang banyak. 12 unit, 24 unit, 100 unit dan seterusnya.

Mengikut pengalaman mereka yang beli lebih dari 36 unit yang selalu dapat order lagi. Ikut logik 12 unit ialah kegunaan biasa.

Memang tak ramai yang beli tetapi jika ada ianya memberi peluang untuk anda. Lihat penjual dari Malaysia seperti gambar dibawah ni.

Sudah terjual dengan kuantiti 100 unit. Pembeli macam ni yang berpotensi untuk berurusan beberapa kali.

jika nak tahu cara deal luar eBay ialah buat listing eBay dengan kuantiti yang banyak. 100 pcs terus

2. Jangan terburu-buru

Jangan terlalu gelojoh. Hantar dulu barang itu dan apabila sampai tanya kepada pembeli samada barang yang diterima itu dalam keadaan baik.

3. Selesaikan masalah

Akan ada seribu satu macam masalah yang akan timbul. Selesaikan masalah itu. Sebenarnya ini adalah salah satu cara kami dapat pelanggan untuk berurusan luar eBay.

Apabila masalah mereka kami selesaikan akan timbul kepercayaan. Bayangkan orang tu tinggal di UK, USA senang cerita luar negara. Macam mana mereka boleh percaya dengan kami.

Salah satu memang rezeki Allah. Faktor lain ialah kepercayaan.

4. Cara deal luar eBay dengan mesej pembeli

Jangan lah pula hantar mesej melalui mesej eBay. Memang cari nahas sebab langgar peraturan eBay. Hubungi pembeli melalui Whatsapp ataupun Telegram.

Tak semua pembeli perlu hantar mesej. Bagi yang beli lebih dari 36 unit sahaja biasanya akan dihubungi. Ingat ye jika dalam 20 mesej tiada yang balas itu normal.

JIka dapat pembeli seperti ini jaga betul-betul. Ianya diibaratkan pembeli dari syurga.

5. Pernah beli sebelum ini ataupun tak

Dalam sistem eBay ada dinyatakan pembeli ini pernah beli ataupun tidak sebelum ini. Jika pembelian berulang ianya peluang yang cerah seperti gambar dibawah.

Walau bagaimanapun jangan terlalu teruja. Masih ramai pembeli hanya mahu transaksi didalam eBay disebabkan eBay money back guaranteed. Jika barang ada masalah ataupun tidak sampai eBay akan selesaikan.

6. Macam mana pembeli nak bayar?

Jika sebelum ini kami gunakan PayPal. Sekarang pilihan utama ialah Wise. Ada pro dan kontra disini.

Salah satu sebab kadar pertukaran Wise lebih tinggi dari PayPal. Jika pembeli bayar kepada anda PayPal akan kenakan caj hampir 5% manakala Wise tidak kenakan caj.

Cuma jika anda ingin keluarkan duit untuk PayPal tiada caj dikenakan. Untuk Wise ada sedikit caj. Namun secara keseluruhannya Wise lebih menguntungkan.

Boleh baca cara guna Wise disini.

Bestnya lepas tahu cara deal luar eBay. Boleh bayar duit kereta setiap bulan.

Contoh transaksi dari pembeli ini yang juga merupakan penjual eBay dan Amazon di negara mereka. Kiranya anda berpeluang menjadi pembekal.

7. Simpan data pembeli

Ini penting juga. Salah satu cara deal luar eBay ialah data pembeli. Katakan anda ada 2 akaun eBay. Satu atas nama pasangan dan satu lagi nama anda.

Jika barang yang sama dijual kemungkinan besar pembeli yang sama beli di akaun eBay anda dan pasangan anda. Jadi dengan data ini ada rujukan.

Senang sahaja untuk muat turun. Masuk sellerhub kemudian pilih order.

Dah tahu cara deal luar eBay kena download data pembeli.

Pilih 1, kemudian semua order akan dipilih seperi rajah 2 diatas. Langkah 3 ialah download selected.

8. Buat sikit promosi

Yang ni kalau difikirkan kembali memang kelakar. Apabila ada barang yang sudah hampir masuk tarikh luput akan dihantar sekali dengan order lain.

Jika barang order Shopee sampai dan pembeli eBay hendak batalkan pembelian, ini pun boleh bagi sampel. Selalunya mereka ini akan guna dan akan order barang lain. Ianya jadi order tambahan.

9. Guna kurier yang cepat

Sangat jarang pembeli ingin gunakan kurier ekonomi. Ianya mengambil masa 2 hingga 4 minggu untuk sampai. Lagipun kurier ekonomi biasanya untuk barangyang bawah 2 kilogram sahaja.

Perlu gunakan kurier express dimana ianya mengambil masa 3 hingga 7 hari bekerja sahaja untuk sampai. BerkatPos boleh hantar order anda jika pembeli ingin beli dengan kuantiti yang banyak. Boleh hubungi BerkatPos untuk proses penghantaran barang ke luar negara.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA