Home » Handling time eBay yang perlu anda tahu terutamanya musim cuti raya

Handling time eBay yang perlu anda tahu terutamanya musim cuti raya

Handling time eBay ialah jumlah masa ataupun hari yang perlu anda hantar selepas dapat order eBay. Ianya dikira selepas pembeli buat pembayaran di eBay.

Ianya dikira berdasarkan lokasi barang berada. Jika anda penjual dari Malaysia dan barang di Malaysia ianya dikira hari bekerja Malaysia. Jika anda penjual Malaysia dan barang berada di USA ianya dikira hari bekerja di negeri USA barang itu berada.

Senario pertama barang berada di Malaysia

Sebagai contoh jika barang anda berada di Malaysia dan terjual pada 21 April 2023. Cuti umum hari raya sampai 24 & 25 April 2023. Dan handling time eBay yang anda buat ialah 5 hari bekerja seperti penjual eBay dibawah.

Handling time eBay yang perlu anda tahu untuk hantar barang selepas pembeli membuat bayaran.

Maka 5 hari bekerja bermula dari 26,27,28 April (Jumaat) , 2 Mei dan 3 Mei 2023. 1 Mei ialah cuti hari pekerja. Ini bermakna anda perlu hantar barang itu pada 3 Mei 2023 walaupun barang itu laku pada 21 April 2023.

Senario kedua barang berada di USA

Jika anda menyewa gudang di USA ianya tertakluk kepada hari cuti negeri di USA barang anda berada itu. Sebagai contoh jika menyewa gudang di Carrollton, Texas maka perlu ikut waktu cuti di Texas.

eBay tak kira anda beraya ke tak barang itu mesti dihantar juga memandangkan ianya berada bukan di Malaysia. Penting untuk anda sewa gudang yang buat penghantaran secara automatik sekiranya barang terjual di eBay.

Biasanya ia akan baca mengikut SKU eBay yang anda tetapkan. Apabila ada barang laku pihak penyedia servis gudang USA itu akan automatik hantar dan kemaskini nombor tracking di eBay. Mudah kan.

Berapa handling time eBay yang perlu anda buat?

Ianya bergantung kepada beberapa faktor. Perlu tanya diri sendiri berapa lama masa untuk dapat dan hantar barang ini.

Jika anda menggunakan BerkatPos disarankan buat 3 hari bekerja. Ianya bagi memastikan yang barang anda order dari Shopee, Lazada ataupun supplier sempat sampai ke pejabat BerkatPos.

Kami faham akan ada seribu satu macam masalah yang menyebabkan barang sampai ke BerkatPos. Anda boleh buat bayaran di BerkatPos dahulu anggaran berat. Selepas pembayaran diterima maka anda akan dapat tracking number untuk dimasukkan ke dalam sistem eBay

Sekiranya bayaran berat kurang apabila barang sampai maka kami akan maklumkan jumlah yang perlu ditambah. Sekiranya terlebih berat maka akan dapat diskuan harga terlebih bayar untuk penghantaran seterusnya.

Untuk hantar barang ke luar negara ataupun ke gudang yang anda sewa di USA boleh gunakan servis BerkatPos.com.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA