Home » Cara transfer duit dari luar negara ke Malaysia

Cara transfer duit dari luar negara ke Malaysia

Dengan kemajuan teknologi sekarang semakin senang cara transfer duit dari luar negara ke Malaysia. Ada berbagai servis penyedia. Ianya bergantung kepada penghantar dan penerima.

Jika anda jual barang online boleh tanya kepada pembeli dari luar negara apa pilihan yang sesuai. Sudah tentu yuran transaksi dan kepantasan duit masuk ke dalam bank diambil kira.

Untuk artikel kali ini kami kongsikan ada 5 servis yang boleh anda gunakan. Ianya terpulang kepada pembeli anda dari luar negara. Ataupun jika kenalan dari luar negara hendak transfer duit kepada anda.

Western Union

Antara servis yang popular cara transfer duit dari luar negara ke Malaysia. Ada banyak bank seluruh dunia yang jadi ajen kepada Western Union.

Cawangan selain bank pun banyak. Penghantar perlu isikan nama betul penerima sama seperti di dalam kad pengenalan ataupun passport beserta kad pengenalan dan tujuan transaksi.

Selepas itu anda perlu pergi ke cawangan Western Union dan isi borang dengan lengkap beserta kad pengenalan ataupun passport.

Anda boleh lihat kalkulator yuran Western Union disini.

Online Banking

Sama seperti jika anda hendak transfer duit ke luar negara. Biasanya apa yang diperlukan ialah nama bank, SWIFT code, cawangan bank, nama penerima, ic ataupun nombor register SSM, warganegara dan alamat penerima.

Yuran yang dikenakan biasanya bermula $30 USD. Yang ni ada pilihan samada penerima ataupun penghantar yang perlu bayar. Bergantung kepada persetujuan penghantar dan penerima.

Biasanya penerima akan dapat duit dalam masa 1 hingga 3 hari bekerja.

Contoh diatas adalah transfer dari Malaysia ke USA menggunakan maybank2u. Caj yang dikenakan adalah $30 USD iaitu RM134.46 kadar tukaran semasa.

Kebiasaannya caj yang sama jika hendak terima dari luar negara ke Malaysia.

PayPal

Yang ni memang popular di kalangan pemain industri e-dagang. Jika dahulu banyak platform yang mengunakan PayPal seperti eBay, ETSY, Grailed dan Bonanza. Sekarang banyak platform yang tidak menggunakan PayPal sebagai medium utama penerimaan pembayaran.

Yuran yang dikenakan hampir 5% dari nilai yang dihantar. Penghantar tidak perlu ada akaun PayPal pun tidak apa. Yang penting penerima. Ini kerana penghantar boleh bayar melalui kad debit ataupun kad kredit.

Penerima perlu request money ataupun buat invois dari akaun PayPal dan hantarkan kepada penghantar dari luar negara.

Sekiranya akaun PayPal baru biasanya duit yang diterima itu akan hold dahulu untuk tujuan verifikasi.

Stripe

Ini pun popular antara pemain e-dagang. Jika anda ada website salah satu pilihan untuk pembeli bayar adalah dengan menggunakan Stripe.

Wise

Dahulu dikenali sebagai transferwise. Ia juga antara pilihan yang popular. Apa yang menarik ialah penghantar dan penerima tidak dikenakan caj. Cuma jika penerima ingin keluarkan duit ke akaun bank akan dikenakan sedikit caj.

Cara transfer duit dari luar negara ke Malaysia menggunakan Wise

Contoh diatas sebanyak £705 dihantar dan penerima hanya dikenakan caj £4.25 untuk keluarkan duit dari akaun Wise ke akaun bank Malaysia.

Cara transfer duit dari luar negara ke Malaysia mengunakan Wise juga popular.

Cara nak guna Wise senang sahaja. Ikut arahan yang Wise sediakan. Untuk mendaftar boleh klik pautan dibawah

Cara daftar Wise

Hantar barang ke luar negara

Selesai sudah cara terima duit dari luar negara. Sekiranya ingin hantar barang ke luar negara salah satu pilihan yang anda boleh gunakan ialah khidmat dari BerkatPos.com.

Kami berpengalaman hantar barang ke luar negara kepada pembeli di platform luar negara dan juga kepada kenalan.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA