Home » 7 barang malaysia yang laku di ebay senang dicari

7 barang malaysia yang laku di ebay senang dicari

Tak susah nak cari barang Malaysia laku di eBay. Anda boleh cari menggunakan fungsi percuma dari eBay iaitu advanced search. Jika sudah berjaya daftar akaun eBay sebagi penjual boleh guna fungsi Terapeak di sellerhub secara percuma.

Sebelum buat listing di eBay kena tanya diri anda dahulu jika laku hendak hantar menggunakan kurier apa? Mana nak dapatkan barang ini? Berapa lama barang ini nak sampai kepada pembeli? Berapa lama masa untuk urukan order ini?

Jika tidak tahu kurier apa yang nak digunakan boleh baca 6 jenis kurier yang boleh hantar barang ke luar negara. Jika barang murah gunakan kurier ekonomi dan jika barang mahal gunakan kurier express.

Barang Malaysia laku di eBay

1. Ubat Gigi parodontax

Ubat gigi parodontax yang laku di eBay

Ubat gigi ini memang mudah dicari di pasar raya kejiranan anda. Jika tiada stok boleh beli dari Shopee. Harga seunit dalam RM10. Terjual dengan harga $185.50 USD dengan penghantaran percuma ke USA.

Sudah terjual satu unit dimana RM800 lebih hasil jualan mengikut kadar tukaran waktu artikel ini ditulis.

2. Detox Foot Pads

Murah sahaja ni jika anda lihat di Shopee. Untuk 100 pcs dijual pada harga RM139.90. Penjual ini sudah terjual seunit dengan nilai jualan $99.90 USD iaitu bersamaan RM430.

Barang ini tidak berat. Kurier express digunakan untuk menghantar barang ini.

3. Barang basikal

bagi yang tahu tentang basikal ialah salah satu barang malaysia laku eBay

Sudah 9 unit terjual. Setiap unit terjual dengan harga $119.90 USD. Sudah lebih seribu USD jumlah jualan.

Bagi yang tahu tentang barang basikal boleh tahu mana nak cari barang ini. Di Shopee dan Lazada pun ada banyak barang basikal yang dijual.

4. Barang kecantikan

Set kecantikan ini memang banyak dijual di farmasi. Jika tiada masa untuk ke farmasi boleh beli di Shopee. Terjual dengan harga $92 USD dengan caj penghantaran dikenakan sebanyak $49 USD.

Barang Malaysia laku di eBay jenis kecantikan memang ada permintaan.

5. Gula getah

Gula getah salah satu barang Malaysia laku eBay. Macam ni pun ada pembeli.

Kunci buat untung banyak ialah jual dalam pukal. Memang tak banyak laku tetapi sekiranya laku memang berbaloi. Lagi satu yang beli banyak selalunya penjual juga yang menjual balik di negara mereka.

Jadi dengan ini anda boleh deal luar eBay dengan mereka.

3 unit sudah terjual dengan jualan seunit ialah $104.90 USD dimana jumlah jualan ialah melebih RM1300. Boleh tahan hanya menjual gula getah.

6. Helmet motorsikal

Tak sia-sia penjual ni jadi mat motor. Inilah kegunaannya. Jual helmet kat USA. Sudah 55 unit terjual. Hasil jualan sudah lebih RM35,000.

Bagi yang tahu lubuk supplier barang ini boleh cuba jual di eBay.

7. Sport rim kereta

Agaknya yang menjual ni kedai sport rim kereta di Shah Alam. Memang ramai pun penjual yang menjadikan eBay sebagi salah satu platform jualan selain pelanggan datang ke kedai.

Hasil jualan penjual yang jual sport rim ini sudah berjuta ringgit. Sudah lebih 2 ribu item yang terjual. Hampir semua jualan adalah sport rim.

Akhir kalam

Dengan usaha yang berterusan Insha Allah akan jumpa barang Malaysia yang laku di eBay. Barang ini semua boleh diposkan ke USA, UK, Canada dan Australia dengan menggunakan khidmat BerkatPos.com.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA