Home » Cara hantar barang ke luar negara anda guna kurier yang mana?

Cara hantar barang ke luar negara anda guna kurier yang mana?

Ada 2 jenis kurier yang perlu anda tahu untuk hantar barang ke luar negara. Kurier ekonomi iaitu mengambil masa 2 hingga 4 minggu. Satu lagi kurier express yang hanya mengambil masa sehari hingga 7 hari bekerja.

Satu lagi perkara yang perlu tahu ialah barang yang nak dihantar itu. Ianya kecil dengan berat ataupun dimensi kurang dari 2 kg ataupun lebih berat.

Ada banyak kurier yang menyediakan khidmat hantar barang ke luar negara. Antaranya

Pos Malaysia

Jika ingin hantar barang kecil bawah 500 gram boleh gunakan servis Flexipack International dari Pos Malaysia. Sebelum ini Flexipack Pos menawarkan sehingga 2 kg. Kemaskini terkini hanya sehingga 500 gram.

Ada 2 jenis iaitu Flexipack bewarna magenta untuk ke negara Brunei, Cambodia, Hong Kong, Indonesia, Laos, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand dan Vietnam.

flexipack international zone 2
Flexipack Zone 2

Flexipack bewarna biru ke negara lain. Ianya tidak disertakan sekali dengan tracking number. Ada saiz iaitu sehingga 150 gram, sehingga 250 gram dan juga sehingga 500 gram.

Ianya mengambil masa 2 hingga 4 minggu untuk sampai. Kekurangan Flexipack ialah selalu tiada stok di cawangan Pos Malaysia.

Jika ingin hantar barang yang lebih besar boleh gunakan EMS dari Pos Malaysia.

Singapore Post

Ianya beroperasi di Malaysia dibawah Quantium Solutions International (Malaysia) Sdn Bhd.

Ada beberapa jenis servis yang ditawarkan. Secara umumnya terbahagi kepada dua. Untuk penghantaran bawah 2 kilogram dan satu lagi untuk yang lebih dari itu.

Anda perlu ada SSM untuk mendaftar dan menggunakan khidmat ini.

Berbanding dengan Flexipack caj yang dikenakan mengikut berat sebenar. Jika 120 gram akan dikenakan caj 120 gram dan bukannya 150 gram seperti Flexipack.

Kelemahan yang ketara ialah anda perlu banyak penghantaran untuk buka akaun Singapore Post. Ianya sesuai untuk mereka yang berniaga dalam talian seperti di ETSY, eBay dan platfrom menjual lain di luar negara.

singapore post untuk hantar barang ke luar negara
Perlu ada printer laser jet untuk print airwaybill

Janio Asia

Kurier yang masih baru di pasaran dan berasal dari Singapore. Janio banyak fokus kepada pasaran Asia Tenggara.

Untuk penghantaran ke Austalia dan ke USA ada juga mereka sediakan. Anda boleh ikuti Janio Asia di Facebook mereka.

Aramex

Nama syarikat ini diambil dari pengasasnya yang berasal dari Arab dan juga Amerika. Ianya banyak memfokuskan kepada penghantaran ke USA, Australia dan juga benua arab.

Terkenal dengan servis COD di benua arab. Ramai pembeli wanita yang membeli dalam talian terutamanya pembelaian pakaian.

FedEx

Kurier Express yang berasal dari USA. Anda perlu ada akaun SSM untuk membuka akaun dengan FedEx sebelum menggunakan khidmat mereka.

Selepas daftar akan ada staf FedEx yang bantu dan bimbing untuk menggunakan portal mereka.

UPS

UPS ialah singkatan bagi United Parcel Service yang berasal dari USA. Ianya sediakan servis hantar barang ke USA dan juga ke seluruh dunia. Sama juga macam kebanyakan kurier lain jika anda ingin buka akaun perlu ada SSM.

BerkatPos

Salah satu kurier yang hantar barang ke luar negara ialah BerkatPos. Sepantas sehari sehingga 7 hari bekerja untuk sampai ke luar negara.

Ianya tertakluk kepada cuaca dan pelepasan kastam.

Anda tidak perlukan SSM dan juga deposit untuk menggunakan khidmat BerkatPos. Jika ada penghantaran boleh hubungi Berkatpos.com dan hantarkan barang ke pejabat kami di Pasir Gudang Johor

Ramai pengguna dari satu Malaysia menggunakan khidmat kami untuk hantar barang kepada kenalan, saudara dan juga mereka yang menjual dalam talian.

Bagi yang tinggal berhampiran Pasir Gudang ataupun Johor Bahru biasanya mereka datang ke pejabat. Bagi yang tinggal berjauhan mereka akan hantar ataupun poskan barang ke pejabat.

Boleh poskan sendiri ataupun arahkan supplier untuk hantarkan ke pejabat kami beralamat di No. 5 Tingakat Atas Jalan Putra 1/5 Bandar IOI 85000 Segamat Johor.

Tim kami akan timbang dan beritahu berapa caj yang dikenakan. Antara maklum balas mereka yang dah pakai BerkatPos seperti di bawah

Bagi yang ingin hantar barang ke luar negara boleh semak harga di laman utama BerkatPos.com. Jika terdapat sebarang persoalan boleh hubungi kami.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA