Home » Cara guna bubble wrap untuk bungkus barang

Cara guna bubble wrap untuk bungkus barang

Penting untuk tahu cara guna bubble wrap dengan betul. Ia bagi memastikan barang yang ingin dihantar sampai dalam keadaan seperti sedia asal.

Cuma bukan semua barang perlukannya. Jika hantar baju ataupun pakaian hanya perlu sampul plastik dan hantar. Bukannya rosak pakain itu.

Kenal pasti barang mudah pecah ataupun tak?

Selepas bungkus barang jika terhempap dengan barang lain pecah ataupun masih ok. Jika tidak konfiden pecah maka perlu ubah cara pembungkusan.

Sebagi contoh ingin hantar 3 botol. Bubble wrap setiap botol. Kemudian baru gabungkan 3 botol.

Pernah hantar dengan gabungkan 3 botol baru bungkus. Kebiasaannya salah satu pecah. Pernah juga pecah ketiga-tiganya.

Cara guna bubble wrap – single layer atau double layer?

Ada 2 jenis bubble wrap iaitu single layer dan satu lagu double layer. Untuk single layer pastikan bubble itu menghandap bungkusan ataupun barang. Jika double layer tiada masalah sebab kedua bahagian ada bubble.

Lebih baik gunakan double layer. Ianya tebal sedikit dah lebih selamat. Walaupun berat tambah sedikit dimana ianya menyebabkan kos penghantaran bertambah ianya lebih selamat. Jika barang pecah lagi merugikan.

Mana nak beli bubble wrap ni?

Jika perlukan sedikit sahaja boleh beli di kedai buat kuih. Biasanya ada dijual single layer ataupun double layer. Kedai buku dan alat tulis ada juga dijual. Oh ye lagi satu kedai plastik.

Jika anda penjual online dan ingin gunakan banyak boleh dapatkan di Shopee ataupun Lazada.

Perlu guna kotak?

Jika cara guna bubble wrap dengan betul ditambah pula dengan bubble double layer maka tidak perlu. Boleh balut dengan plastik hitam selepas siap wrap ataupun gunakan plastik. Biasanya pihak kurier sediakan plastik.

Jika guna bubble single layer seeloknya gunakan kotak. Untuk dapatkan kotak boleh tanya kedai runcit seperti 99speedmart ataupun kedai lain untuk minta sedikit. Jika malu boleh beli di kedai buku dan alat tulis.

Namun jika anda ada kotak khas ataupun kotak itu tebal dan muat untuk isi barang tak perlu bubble wrap. Pastikan ada sedikit ruang dalam kotak itu.

Jika anda pernah beli barang keluaran Apple mereka ada kotak khas muat barang. Jadi tidak perlu bubble wrap.

Bubble wrap hitam

Sekarang sudah trend yang ramai penjual guna bubble wrap hitam. Apa yang best cara guna bubble wrap hitam ni anda tak perlukan sampul.

Selepas selesai balut barang hanya perlu tampal airwaybill ataupun tracking number.

Memang mudah cara guna bubble wrap hitam. Tak perlu sampul lagi.

Contoh bubble wrap hitam ialah seperti penjual Shopee di atas. Mudah kan dengan guna warna hitam ni.

Akhir kalam

Perlu atau tak, single layer ataupun double layer semuanya bergantung kepada barang ataupun produk yang anda hantar. Tanya diri sendiri yang jika pihak kurier longgokkan dalam guni rosak ataupun tidak barang yang nak dihantar.

Bagi yang nak hantar barang ke luar negara menggunakan khidmat BerkatPos.com tim kami sudah mahir dalam pembungkusan barang.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA