Home » Boleh ke pos barang ke Singapore dalam sehari dari Malaysia?

Boleh ke pos barang ke Singapore dalam sehari dari Malaysia?

Tak mustahil nak pos barang ke Singapore dalam masa satu hari. Ianya hanya boleh dilakukan dengan kurier express sahaja. Walaubagimanapun ianya bergantung kepada beberapa faktor. Dalam contoh ini kurier DHL Express digunakan.

Ramai penjual dari Malaysia sasarkan pelanggan dari Singapore atas salah satu sebab iaitu tukaran matawang. Sewaktu artikel ini ditulis 1 Singapore Dollar bersamaan 3.28 MYR mengikut tukaran google finance.

Faktor yang terlibat dalam pos barang ke Singapore ialah

Tahu bagaimana kurier berfungsi

Bergantung kepada lokasi, cara untuk kurier ambil barang dari alamat anda hingga ke proses penghantaran perlu anda tahu. Sebagai contoh jika gunakan kurier DHL Express dan lokasi berada di Segamat, Johor.

DHL dari Melaka akan ambil barang kemudian dibawa ke Melaka kemudian dibawa ke Subang. Selepas itu ianya akan terbang ke Singapore.

Jika lokasi di Johor Bahru ianya akan terus ke Singapore dengan pengangkutan lori.

Hari apa anda pos barang ke Singapore

Ianya mempengaruhi juga. Sebagai contoh jika anda hantar pada hari Jumaat, barang akan sampai Singapore pada hari Sabtu. Tiada penghantaran untuk barang yang sampai pada hari sabtu di Singapore. Jadi perlu tunggu hari Isnin untuk sampai.

Macam contoh diatas pada hari Khamis 15 Disember 2022 barang diambil dari pejabat kami di Johor Bahru kemudian sampai ke Singapore pada hari yang sama pada malam itu juga.

Pukul 3:08 petang keesokan harinya barang mula dihantar ke penerima dan pada pukul 4:56 petang sudah berjaya dihantar kepada penerima.

Penerima ada tak di alamat yang nak dihantar?

Jika tiada orang macam mana kurier DHL nak hantar? Kalau sampai ke Singapore dalam masa satu hari pun tetapi tiada orang ianya akan menyebabkan sedikit kelewatan.

Barang di atas sampai ke sampai ke Singapore pada hari yang sama tetapi penerima tidak ada di rumah. Jadi penghantaran semula hanya dilakukan setelah pihak kurier DHL hantar telefon penerima.

Barang tidak sangkut kastam

Kalau barang sangkut kastam biasanya memang lama sedikit kelewatan. Bergantung kepada dokumen tambahan yang pihak kastam Malaysia ataupun pihak kastam Singapore minta.

Selepas dokumen tambahan yang diminta itu diberi ianya boleh dilepaskan dan dihantar kepada penerima. Jika pihak kastam tidak puas hati dengan dokumen itu ianya akan lewat lebih lama.

Berapa kos pos barang ke Singapore

Ianya bergantung kepada berat ataupun dimensi. Jika berat adalah 2 kilogram tetapi dimensi adalah 5 kilogram. BerkatPos akan kira yang paling tinggi iaitu 5 kilogram. Begitu juga sebaliknya.

Baca : Apa itu dimensi dan berat

Semakin berat barang semakin mahal caj penghantaran. Boleh klik BerkatPos.com untuk hantar barang ke Singapore

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA