UK ialah United Kingdom manakala EU ialah Kesatuan Eropah. Kedua-dua ini mengenakan VAT hampir setiap transaksi di eBay. VAT ialah value added tax ataupun sistem yang sama di Malaysia sebelum ini iaitu GST.
Jika dapat order dan pembeli sudah bayar VAT, tiada masalah. Hantarkan sahaja order itu.
Ada juga sebahagian order yang mana pembeli tidak membayar VAT di eBay.
Senang sahaja. Pada bahagian order di eBay ianya ada dinyatakan. Jika sudah bayar VAT ianya seperti di bawah
Jelas dinyatakan yang pembeli sudah bayar VAT sebanyak 20% ye dari harga jualan. Tiada masalah lagi mengenai cukai untuk barang ini sampai ke UK.
Tanya dulu samada pembeli sanggup ataupun tidak untuk bayar VAT. Jika sanggup teruskan sahaja dan jika tidak sanggup lebih baik batalkan order ini.
Sudah ada beberapa kes dimana apabila barang sampai di UK dan apabila pembeli diarahkan membayar VAT, mereka tidak setuju. Dan barang mereka itu tidak diambil dan dibiarkan sahaja di kastam.
Selepas beberapa ketika barang itu dipulangkan kepada pembeli. Kalau kos pemulangan seperti di bawah pening kepala juga.
Mengikut pengalaman kami tiada VAT yang dikenakan jika hantar. Penerima akan dapat barang seperti biasa. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada perubahan semasa dan polisi kastam.