Feedback eBay antara aspek yang penting dalam membuat keputusan untuk bakal pembeli. Ianya terbahagi kepada tiga iaitu positive, neutral dan juga negative.
Feedback boleh diberi sebagai penjual ataupun pembeli.
Sebagai penjual eBay anda boleh minta pembeli untuk tinggal maklum balas tetapi ianya terpulang kepada pembeli untuk beri ataupun tidak. Jangan paksa pula ye pembeli.
Mengikut pengalaman kurang dari 10% pembeli yang tinggalkan feedback dalam masa sebulan. Peratusan ini mungkin tidak sama dengan semua penjual eBay. Contoh feedback seperti dibawah
Boleh log masuk ke akaun eBay dan pergi ke bahagaian purchase history. Disitu anda akan jumpa tempat untuk tinggalkan maklum balas. Pihak eBay juga akan menghantar email untuk mengingatkan pembeli untuk hantar maklum balas kepada penjual eBay.
Walaupun tidak puas hati dengan pembeli anda hanya boleh beri maklum balas positive. Suka hati anda nak beri maklum balas kepada pembeli tetapi ianya tertakluk kepada polisi eBay.
Di bahagian Automate feedback anda boleh pilih samada nak beri sekiranya pembeli bayar ataupun pembeli bayar dan beri positive feedback.
Jika dahulu pilihan ini hanya ada bagi yang melanggan eBay store. Sekarang walaupun tidak melanggan eBay store ada pilihan ini.
Peratusan untuk pembeli akan tinggalkan maklum balas tinggi sedikit jika anda sudah berikan kepada mereka. Namun ramai pembeli yang lepas beli barang terus tak masuk lagi akaun eBay.
Hanya tunggu untuk barang sampai. Jika lama sangat tidak sampai baru mereka bertanya. Jika penjual memang selalu masuk akaun eBay.
Perkara biasa jika anda dapat. Mana ada perkara yang sempurna ataupun perfect di dunia ini. Tetapi jangan risau.
Anda boleh minta pembeli untuk mengubah feedback yang ditinggalkan kurang 30 hari. Dan hanya 5 feedback bagi setiap 1000 transaksi yang boleh diubah dalam masa setahun kalender.
Sebelum hantar feedback revision mesej dahulu pembeli. Jika setuju untuk selesaikan masalah baru hantar. Kalau hantar kemudian pembeli tidak mahu ubah sudah rugi. Pembeli hanya ada masa 10 hari dari tarikh anda hantar untuk ubah.
Mengikut pengalaman kami dan pemerhatian daripada penjual lain, walaupun feedback kurang 80% masih ada pembeli. Jangan runsing dan risau sangat sekiranya dapat neutral ataupun negative.
Bahasa lembut kurang adab dan kalau bahasa yang kurang lembut pembeli langsi (maksudnya besar kepala, kerek, berlagak). Jika sudah terang terangan pembeli yang salah dan mahu membuli penjual anda boleh cuba hubungi eBay.
Ada yang berjaya ada yang tidak berjaya. Tidak cuba tidak tahu. Semasa hubungi eBay minta mereka membaca perbualan di mesej eBay.
Perkara yang menarik tentang eBay ialah walaupun tiada feedback pembeli masih percaya. Ianya disebabkan jika barang tidak sampai ataupun barang sampai dalam keadaan yang rosak mereka boleh buat tuntutan dengan eBay.
Senang sahaja. Minta AI seperti Chatgpt buat kan untuk anda. Nak buat sebagai penjual ataupun pembeli tiada masalah.
Contoh sebagai pembeli. Jika sebagai penjual hanya perlu suruh Chatgpt buatkan untuk anda. Mudah kan kerja.
Jangan risau jangan pening sekiranya feedback tidak mencapai 100%. Ada benda yang di dalam kawalan ada benda yang diluar kawalan.
Cuma kena pastikan barang yang ingin dijual dalam keadaan yang baik. Barang yang nak dihantar dibungkus dengan betul. Hantar barang dengan segera.
Teruskan menjual di eBay dan jika ada barang laku dan ingin hantar ke luar negara boleh gunakan servis dari BerkatPos.com.