Home » Annual fee payoneer ataupun yuran tahunan yang perlu anda tahu

Annual fee payoneer ataupun yuran tahunan yang perlu anda tahu

Tahukah anda ada annual fee yang dikenakan Payoneer? Tak kisah jika anda gunakan kad debit fizikal payoneer ataupun tidak guna. Masih ada yuran tahunan.

Walaupun anda tidak guna kad debit fizikal Payoneer sebanyak $29.95 USD caj tahunan akan dikenakan. Bermula 18 Mei 2023 yuran tahunan akan dikenakan pada 12 bulan lepas jika anda terima kurang daripada $2,000 USD (ataupun nilai yang sama) dalam pembayaran.

Konsep yang sama seperti kad kredit bank. Jika gunakan amaun tertentu akan dapat percuma yuran tahunan.

Dari 18 Mei 2022 hingga 18 Mei 2023 mestilah memenuhi kriteria ini. Untuk menyemak berapa transaksi anda boleh masuk ke laman web Payoneer (bukan aplikasi Payoneer) dengan pergi ke Account activity > Transactions.

annual fee payoneer yang dikenakan setiap tahun

Kemudian pilih tarikh antara 18 Mei 2022 sehingga 18 Mei 2023. Anda boleh simpan dalam bentuk excel, pdf ataupun cetak transkasi ini. Semak samada kena bayar ataupun tidak annual fee payoneer jika kurang $2,000 USD.

Apa akan terjadi jika tidak cukup fund dalam akaun Payoneer?

Jika baki didalam akaun Payoneer anda tidak cukup pada hari sepatutnya dikenakan caj tahunan maka jika ada fund yang masuk pada masa hadapan akan ditolak.

Apa caj pengeluaran biasa yang dikenakan Payoneer?

Jika anda keluarkan duit dari Payoneer ke akaun bank akan dapat transaksi seperti di bawah. Nampak macam tiada caj yang dikenakan.

Sebenarnya ada caj yang dikenakan. Rate pengeluaran adalah 1 USD = 4.3688 MYR. Ini rate selepas caj dikenakan.

Untuk pengeluaran $292.08 USD dikenakan caj $5.84 USD. Tetapi rate asal adalah 1 usd = 4.458 MYR. Ianya menggunakan konsep yang sama dengan bank.

Jika anda perasan di laman website pertukaran matawang di bank ada harga belian dan harga jualan sesuatu matawang. Mengikut pemerhatian rate ini lebih tinggi daripada PayPal yang eBay gunakan sebelum ini.

Kad fizikal Payoneer

Jika anda menjual di eBay, Amazon ataupun Clickbank hasil jualan ke masuk Payoneer. Katakan anda ingin belanja atau gunakan kad fizikal Payoneer di Malaysia tiada masalah. Cuma ada dikenakan caj.

Cara untuk order kad ini ialah masuk ke akaun Payoneer, pilih Bank & cards → Payoneer cards. Kemudian klik Order a card dan ikut arahan yang diberikan.

annual fee payoneer dikenakan untuk kad debit fizikal

Kad Payoneer yang order biasanya akan sampai dalam masa 4 hingga 7 hari bekerja tertakluk kepada penghantaran DHL ataupun FedEx dari USA. Kos penghantaran adalah $40 USD.

Konklusi

Tidak susah sebenarnya untuk capai jualan $2000 USD setahun. Ramai yang gunakan khidmat BerkatPos.com untuk hantar barang ke luar negara capai sasaran ini. Hampir semua transaksi yang gunakan khidmat Berkatpos jualan mereka bermula $80 USD setiap barang.

Dan untuk berjaya dalam sesuatu bisnes perlu ada kos yang anda keluarkan dan perlu ada usaha. Tidak susah mana untuk dapatkan annual fee payoneer secara percuma.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA