Home » Macam mana cara eBay tracking number berfungsi?

Macam mana cara eBay tracking number berfungsi?

Jika anda seorang penjual eBay, cara tracking number berfungsi penting untuk memastikan pembeli terima order mereka tepat pada masanya dan dalam keadaan baik.

Ia juga bagi memastikan kurang pertanyaan yang tidak sepatutnya dari pembeli. Dalam artikel ini, kami akan merangkumi semua yang anda perlu ketahui tentang penjejakan eBay sebagai penjual.

Apa itu eBay tracking number dan kenapa ianya penting untuk berfungsi?

Ianya membolehkan penjual menjejaki penghantaran mereka dan menyediakan pelanggan dengan kemas kini masa nyata tentang status pesanan mereka.

Ini penting kerana ia membantu penjual memastikan pakej mereka dihantar dalam masa yang ditetapkan seperti eBay listing. Perkara ini boleh membawa kepada maklum balas positif dan perniagaan berulang ataupun repeat order.

Pembeli akan terima barang dalam lingkungan tarikh seperti dibawah.

Bagaimana untuk masukkan tracking untuk order eBay

Sediakan tracking number adalah proses yang mudah. Langkah pertama masuk ke eBay seller hub eBay.com/sh/ovw dan klik order. Pilih order mana yang anda ingin masukkan tracking number.

Setelah order dihantar, eBay akan mengemas kini status pesanan secara automatik dengan maklumat penjejakan, yang akan kelihatan kepada anda dan pembeli.

Tips penting : Pastikan masuk tracking number dengan betul untuk setiap order. Jika masukkan tracking number order 1 yang sepatutnya order 2, anda tidak boleh ubah tracking number itu.

Kurier apa yang anda ingin masukkan?

  • Pos Malaysia : MALAYSIA POST
  • Singapore Post : Quantium Solutions
  • DHL : DHL Express
  • FedEx : FedEx
  • United States Postal Service : USPS

Jika tidak pasti tanya kurier yang anda gunakan. Dan pastikan anda klik link tracking number bagi memastikan ianya berfungsi.

Cara tracking number kurangkan dispute ataupun pertikaian

Dengan memberikan pelanggan anda maklumat penjejakan, mereka boleh melihat dengan tepat di mana order mereka berada dan bila ia akan tiba. Ini boleh membantu mengurangkan kebimbangan atau kekecewaan mereka tentang proses penghantaran.

Jika pelanggan mendakwa tidak menerima order mereka, anda boleh menggunakan maklumat penjejakan untuk mengesahkan penghantaran dan mengelakkan sebarang pertikaian.

Senang cerita jika mereka open cased kemungkinan besar anda akan menang.

Ada juga kes dimana barang yang sampai itu diambil ahli keluarga lain tanpa memberitahu pembeli. Pastikan pembeli anda semak dulu.

Tips untuk tracking number dan maksimumkan jualan

Pastikan kurier yang anda gunakan boleh dijejak dengan sistem eBay. Ini kerana ada kurier yang anda boleh jejak di website mereka tetapi tidak boleh dijejak melalui sistem eBay.

Pelanggan pun susah hati dan rating eBay anda pun akan jatuh kerana eBay tidak dapat kesan samada barang ini sudah sampai ataupun belum.

elakkan guna kurier yang mana eBay tracking number tidak berfungsi

Konklusi

Perkara yang mudah ialah gunakan kurier yang boleh dijejak oleh sistem eBay. Bukan susah pun cara eBay tracking number berfungsi.

Bagi yang menggunakan servis BerkatPos.com, anda boleh menarik nafas lega kerana kurier yang kami gunakan boleh dijejak oleh eBay.

Sudah ramai pembeli yang repeat order kerana barang mereka sampai kurang dari tarikh jangkaan sepatutnya sampai mengikut sistem eBay dengan menggunakan BerkatPos.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA