Home » Boleh hantar barang ke alamat PO Boxes luar negara?

Boleh hantar barang ke alamat PO Boxes luar negara?

Sebelum tu apa tu PO Boxes?

Ianya singkatan bagi pos office box ataupun dikenali sebagai postal box ataupun peti surat. Contohnya macam gambar di atas.

Anda mungkin tertanya-tanya boleh hantar ke parcel ke alamat peti surat?

Memahami PO Boxes and tujuannya

Peti Surat berguna untuk orang yang mungkin tidak mempunyai alamat tetap, atau bagi mereka yang ingin privasi untuk tidak hantar ke alamt rumah. Ianya juga biasanya digunakan oleh perniagaan untuk menerima mel dan pakej.

Peti Surat berguna untuk orang yang mungkin tidak mempunyai alamat tetap, atau bagi mereka yang ingin privasi untuk tidak hantar ke alamt rumah. Ianya juga biasanya digunakan oleh perniagaan untuk menerima surat dan parcel.

Macam mana alamat PO Boxes?

Apabila hantar ke alamat peti surat, adalah penting untuk memasukkan maklumat yang betul untuk memastikan ia dihantar ke lokasi yang betul.

Ianya dimulakan dengan nama penerima, diikuti dengan Peti Surat (PO Box) dan nombor kotak. Kemudian bandar, negeri, poskod dan juga negara seperti diatas.

Sekatan dan Had Peti Surat

Walaupun peti surat merupakan salah satu cara mudah untuk penerima parcel ada beberapa sekatan dan halangan.

Sesetangah barang tidak boleh dihantar ke peti surat untuk barang yang memerlukan tandatangan. Ada juga kurier yang tidak boleh hantar ke alamat peti surat.

Anda perlu semak dengan pihak kurier yang digunakan untuk mengetahui tentang perkara ini.

Bagaimana untuk tidak mahu hantar kepada pembeli alamat peti surat?

Semasa anda buat listing di eBay akan ada pilihan ini

exclude PO Box untuk dihantar

Anda perlu tick pilihan ini. Jadi pembeli dengan alamat ini tidak boleh membeli barang anda.

Di platform lain pun ada juga pilihan ini. Samada anda hendak hantar ke alamat ini ataupun kecualikan dari hantar.

Konklusinya boleh hantar ke PO Boxes?

Jawapan yang tepat ialah anda perlu tanya kurier yang guna untuk hantar barang ke alamat ni di luar negara.

Sebagai contoh jika gunakan kurier Singapore Post untuk normal delivery anda boleh gunakan untuk hantar. Untuk servis priority Singapore Post tidak boleh hantar.

Sekiranya menggunakan khidmat BerkatPos maka tiada masalah. Ianya boleh dihantar. Ini kerana posmen akan hubungi dahulu penerima.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA