Home » Pengurusan dan cara return order eBay

Pengurusan dan cara return order eBay

Return ataupun pemulangan merupakan perkara biasa dimana-mana platform anda menjual. Yang penting tahu cara dan pengurusan return order eBay.

Ada kalanya perkara yang berlaku di luar kawalan. Walaupun sudah check barang sebelum dihantar, sudah pack barang dengan sempurna ada juga masalah.

Sebagi contoh barang yang diterima itu rosak sepenuhnya ataupun sebahagian. Perkara pertama minta gambar sebagai bukti. Ada kalanya pelik kurier yang hantar ni pijak barang ke ataupun barang basah sebab apa entah.

Walaupun perkara ni berlaku satu dalam seribu penting untuk tahu pengurusan return order eBay.

Apa return polisi listing eBay anda?

Sebagai penjual eBay samada akaun personal ataupun bisnes anda perlu nyatakan polisi pemulangan di listing eBay. Anda terima return ataupun tidak.

Walaupun anda tidak terima polisi pemulangan sekiranya pembeli nyatakan barang tidak sama seperti dalam deskripsi maka penjual perlu bertanggung jawab dibawah polisi eBay Money back Guarantee

Apa alamat return address anda?

Jika tiada ubah apa-apa setting maka alamat return sama dengan alamat anda daftar eBay. Jika ingin ubah alamat return berbeza maka perlu pergi ke account setting > address > return address. Ataupun klik pautan ini

https://accountsettings.ebay.com/uas/addresses

Kenapa berbeza? Mungkin alamat daftar eBay alamat kampung manakala barang return yang nak diterima ni alamat sekarang.

Siapa yang bayar untuk return ini?

Pembeli ada 2 pilihan untuk return. Pilihan pertama seperti ini

Pengurusan return order eBay yang mana pembeli perlu hantar balik kepada seller

Ini bermakna pembeli perlu pulangkan kepada penjual. Kos perlu dibayar oleh pembeli. Hanya perlu tunggu pembeli pulangkan barang kepada anda.

Jangan terkejut jika memang pembeli benar-benar pulangkan barang dari luar negara keapda anda. Sudah banyak kali terima barang return. Selepas terima dan semak barang maka perlu refund duit pembeli.

Jika dapat email seperti ini

Anda perlu bayar dan sediakan return label kepada pembeli.

Apa pilihan yang anda ada?

Pertama sekali jangan jual barang yang untung terlalu kecil. Jika hadapai masalah ini fikirkan kembali berapa banyak barang lain perlu terjual untuk cover kos pemulangan order.

Biasanya penjual akan refund terus kepada pembeli.

Jika ingin beri return label kepada pembeli boleh gunakan servis Returnhelper.com. Anda boleh create return label kemudian beri kepada pembeli.

Returnhelper.com

Mesej pembeli di eBay return label ini. eBay mesej tidak boleh muat naik file pdf maka anda perlu screenshot dan hantar dalam bentuk gambar.

Biasanya kurier USPS digunakan.

Butiran penuh pembeli boleh semak di sellerhub eBay.

Barang yang dipulangkan ini akan dihantar ke pejabat returnhelper di USA. Mereka akan semak barang anda.

Barang yang sampai ke returnhelper ini boleh dijual balik sekiranya dalam keadaan yang elok. Jika ada pembeli boleh guna servis mereka untuk hantarkan kepada pembeli baru.

Tak susah pengurusan return order eBay.

Cuma kos permulaan untuk daftar returnhelper ialah $500 USD. Anda boleh pakat dengan kawan-kawan yang sama menjual di eBay ataupun Amazon untuk kongsikan kos ini.

Sebagai contoh kos permulaan ini dikongsi bersama. Jika limit untuk salah seorang itu sudah habis maka boleh bayar kepada kenalan lain yang masih ada kredit (yang dikongsi) di returnhelper.

Konklusi

Jangan buat tak tahu pula apabila ada pembeli ingin return barang sekiranya anda perlu bertanggung jawab. Jika pembeli hubungi eBay untuk selesaikan ini dan anda kalah nanti akaun eBay akan ada masalah.

Ianya boleh jatuh kepada below standard dimana sales akan sangat kurang.

Ramai yang tahu menjual di eBay tetapi tidak tahu cara nak uruskan masalah pembeli. Oh ye bagi yang menjual di luar negara dan ingin hantar barang boleh gunakan servis BerkatPos.com.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA