Barang laku eBay apa yang selalu pengguna BerkatPos hantar? Mana nak cari pembekal seperti pegguna BerkatPos? Ini adalah antara soalan yang ditanya kepada BerkatPos. Lebih separuh pengguna BerkatPos adalah penjual eBay.
Sudah tentu kami tidak beritahu secara spesifik barang terjual bagi menjaga privasi pengguna. Cuma corak dan ciri barang terjual itu hampir sama. Antaranya ialah
Selepas pandemik covid19 berakhir kos hantar barang ke luar negara terus berubah sepenuhnya. Bagi tampung kos penghantaran jual dalam kuantiti yang banyak terus.
Jika sebelum ini jual dalam kuantiti satu unit untuk satu listing eBay, jual dalam 2 kuantiti, 5, kuantiti, 10 kuantiti dan seterusnya. Ini yang selalu pengguna BerkatPos lakukan.
Barang yang tak masuk akal pun ada laku juga. Tidak terlalu fokus kepada barang yang laku keras. Jual barang yang tidak berapa laku sangat. Memang jarang laku tetapi akan ada sahaja laku setiap bulan. Kurang persaingan disini.
Seperti strategi nombor 2 diatas. Buat banyak-banyak listing eBay. Walaupun barang itu kurang laku tetapi masih ada permintaan. Hari ini laku barang A, esok barang B, minggu depan barang C. Begitulah seterusnya.
Barang yang laku berubah-ubah. Bulan ni barang A selalu laku. Bulan depan barang B pula selalu laku. Begitulah cara menjual dan bertahan lama di eBay. Platform lain pun sama.
Nampak kelakar tetapi begitu realitinya. Ada juga yang melakukan kesilapan dan rugi sikit sebab tersalah kira.
Caj kepada pembeli ikut kurier ekonomi tetapi bekalan Flexipack International Pos Malaysia tiada di tempat mereka. Jadi alternatif yang mereka gunakan ialah BerkatPos.
Selepas ubah harga di eBay ada lagi barang laku dengan untung. Mereka ini yang bertahan lama.
Ini perkara biasa. Jual barang rendah dari orang lain tetapi kenakan caj penghantaran seperti $20 USD ataupun $30 USD. Ada juga yang kenakan caj penghantaran lebih dari $30 USD dan masih terjual juga.
Biasanya mereka beli di Shopee ataupun Lazada. Ada juga yang beli dari China dan hantarkan ke pejabat. Jika ingin belajar borong China boleh klik pautan dibawah
Strategi ini yang selalu penjual eBay gunakan. Yang penting jangan jual barang tak boleh jual di eBay seperti barang VERO ataupun melanggar polisi eBay.