Home » Cara nak dapatkan Tracking Number awal di BerkatPos

Cara nak dapatkan Tracking Number awal di BerkatPos

Salah satu kelebihan BerkatPos ialah anda boleh pos barang yang dibeli dari Shopee, Lazada ataupun pembekal lain terus ke pejabat kami.

Kami memahami kadang kala barang yang dibeli dari Shopee atau Lazada lambat sampai ke pejabat kami disebabkan masalah kurier atau lain-lain.

Jika anda menghadapi masalah seperti dibawah, BerkatPos boleh bantu anda untuk dapatkan tracking number awal.

Ianya penting bagi memastikan akaun eBay anda menepati Tracking uploaded on time and validated.

Berikut adalah cara untuk dapatkan tracking number awal

Berikan maklumat barang dan tracking number ke office

Untuk menggunakan perkhidmatan BerkatPos, langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah maklumkan maklumat barang melalui telegram BerkatPos seperti:

  1. Barang apa yang nak dihantar
  2. Hantar barang kemana contohnya USA
  3. Tracking number dari Shopee atau Lazada

Buat bayaran awal

Setelah maklumkan maklumat barang, maklumkan terlebih dahulu kepada kami untuk dapatkan tracking number ke luar negara awal sebelum barang sampai ke office dan boleh buat bayaran di berkatpos.com

Tak tahu nak pilih berat yang mana di BerkatPos.com ?

Sekiranya anda tahu berat barang anda melalui Shopee atau Lazada , anda boleh terus buat bayaran mengikut berat tersebut.

Bagi yang tidak tahu atau tidak pasti boleh pilih berat paling kecil iaitu 0.01 Kg – 0.50 Kg. Apabila barang sampai, kami akan timbang dan beritahu berat sebenar.

Apa jadi sekiranya berat berbeza ?

Sekiranya berat kurang pihak BerkatPos akan maklumkan untuk bayaran tambahan.

Sekiranya berat terlebih BerkatPos akan bawa jumlah bayaran terlebih untuk penghantaran yang akan datang.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA