Home » Bagaimana cara hantar barang ke UK dalam masa sehari bekerja?

Bagaimana cara hantar barang ke UK dalam masa sehari bekerja?

Berapa lama masa dan cara untuk hantar barang ke UK? Paling cepat sehari bekerja dengan menggunakan DHL Express. Cuma hantar hari Jumaat dan hari Isnin sampai.

Kawasan London yang cepat disebabkan hub kurier di situ. Kebiasaannya dalam masa 3 ke 7 hari bekerja.

Barang yang dihantar ini untuk hasil jualan di platform luar negara ataupun hantar kepada kenalan?

Cara hantar barang ke UK yang terjual di platform

Pastikan anda nyatakan nilai sebenar yang pembeli bayar beserta caj penghantaran. Biasanya platform seperti eBay ataupun ETSY kenakan caj VAT kepada pembeli. Oh ye VAT ini seperti sistem GST.

Cara hantar barang ke UK dengan declare VAT yang pembeli sudah bayar

Gambar diatas adalah jumlah bayaran yang diterima. Tidak kisah kurier mana yang digunakan perlu nyatakan nilai sebenar. Jika gunakan BerkatPos pihak kami akan minta butiran ini.

Perlu nayatakan nilai yang pembeli bayar iaitu $99.90 USD dengan caj penghantaran $30.00 USD dan bayaran VAT pembeli bayar $25.98. Nilai VAT untuk ke UK buat masa ini ialah 20% dari harga jualan dan kos penghantaran.

IOSS number

Satu lagi perlu masukkan nombor IOSS pada kurier yang digunakan. Pihak kastam UK akan tahu barang ini hasil dari jualan platform mana.

Nombor IOSS eBay ialah IM2760000742.

Nombor VAT ETSY UK untuk ialah 370 6004 28

Bagi yang menggunakan BerkatPos pihak kami akan letakkan didalam sistem kurier.

cara hantar barang ke UK yang tiada masalah kastam. Hanya 2 hari bekerja sahaja penerima dapat barang.

Gambar diatas menunjukkan hanya 2 hari bekerja sahaja diperlukan untuk sampai ke destinasi penerima. Daripada pejabat BerkatPos pada hari Khamis 12 Januari 2023 dan penerima terima barang pada hari Isnin 16 Januari 2023.

Apa kesan tidak meletakkan VAT atau IOSS number?

Apabila barang sampai ke UK biasanya pihak kastam akan hubungi penerima. Dikhuatiri penerima perlu bayar VAT sekali lagi walaupun dalam kebanyakkan kes yang sudah bayar.

Jadi penerima menolak untuk terima barang dan barang itu akan dipulangkan semula kepada penghantar.

Hantar kepada kenalan

Cara hantar barang ke UK untuk kenalan biasanya tidak dikenakan VAT. Kami di BerkatPos akan nyatakan yang barang ini dihantar daripada saudara dari Malaysia kepada penerima.

Barang yang biasa di hantar makanan kering. Dah tekak anak Malaysia mesti nak makan makanan Malaysia. Dalam video ni ada ditunjukkan barang yang dihantar.

Hanya 5 hari bekerja masa yang diambil untuk sampai ke penerima. Penghantar datang ke pejabat BerkatPos pada hari Khamis 2 Mac 2023, pada hari Jumaat kurier ambil. Dan pada hari Khamis 9 Mac 2023 sampai kepada penerima.

Barang yang dihantar ini tidak dikenakan VAT. Mengikut pengalaman BerkatPos jika penerima kenalan tiada cukai yang dikenakan. Namun ianya tertakluk kepada kastam UK.

Akhir kalam

Senang sahaja kan cara hantar barang ke UK. Yang penting anda nyatakan nilai sebenar yang pembeli bayar. Jika hantar kepada kenalan perlu beritahu juga bagi memudahkan proses pelepasa kastam.

Jika tidak tahu gunakan kurier apa untuk hantar barang boleh hubungi BerkatPos.com.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA