Home » Flexipack International untuk hantar barang ke luar negara

Flexipack International untuk hantar barang ke luar negara

Salah satu cara hantar barang ke luar negara ialah dengan menggunakan Flexipack International. Ianya terbahagi kepada 2 iaitu satu bewarna magenta dan satu lagi warna biru.

Untuk warna magenta ianya boleh dihantar ke negara Brunei, Kemboja, Hong Kong, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapore, Thailand dan Vietnam. Untuk warna biru negara selain magenta. Oh ye ianya tidak boleh dihantar ke Israel ye disebabkan tiada hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Berapa kos penghantaran menggunakan Flexipack International?

kos hantar barang ke luar negara menggunakan Flexipack International

Harga semasa artikel ini ditulis adalah seperti diatas.

Magenta ke negara Asean

Bagi yang ingin hantar barang ke Asean boleh pilih warna magenta. Ianya tertakluk kepada berat dan saiz flexipack itu. Katakan berat dibawah 150 gram dan muat untuk saiz XS maka caj penghantaran ialah RM30.

Jika berat 300 gram dan masih muat saiz S maka perlu caj yang dikenakan ialah RM36 tambah 5 x RM0.50 iaitu jumlah RM38.50. Setiap 10 gram lebihan Pos Malaysia akan caj RM0.50.

Biru ke negara selain Asean

Jika hendak hantar ke USA, Canada, Australia, UK boleh gunakan warna biru. Caj yang dikenakan ialah untuk saiz XS RM40, saiz S RM52 manakala saiz M ialah RM83.

Bergantung kepada barang yang nak dihantar itu jika berat 250 gram tetapi tidak muat Flexipack saiz S maka anda perlu guna saiz M.

Sama juga seperti magenta jika hantar berat yang melebihi saiz maka setiap 10 gram akan dikenakan caj RM1.00.

Caj tambahan fuel surcharge Flexipack International

Ada lagi caj tambahan iaitu fuel surcharge sebanyak 10%. Jika gunakan warna biru saiz M yang dikenakan caj RM83 maka tambahan 10% bayaran akan dikenakan.

Ianya mula diperkenalkan semasa pandemik covid19 dan sehingga artikel ini ditulis.

Mana tracking number?

Caj yang dikenakan ini belum termasuk tracking number. Tambahan RM13.50 dikenakan. Jika anda hantar barang tanpa tracking number ianya akan memberi kerana tiada status terkini barang itu.

Apa kelebihan?

Untuk barang ringan ianya antara yang termurah di pasaran. penerima biasanya terima barang dalam masa 2 minggu hingga 4 minggu. Ada juga beberapa pejabat pos Malaysia yang ada stok. Jika ingin hantar hanya perlu ke pejabat pos.

Apa kekurangan Flexipack International?

Walaupun ada dijual tetapi masih banyak cawangan Pos Malaysia tiada stok untuk terutamanya warna biru. Jika anda menjual di eBay ianya menambah masa untuk hantar barang kepada pembeli di luar negara.

Boleh beli di website pos malaysia. Di Shopee ada juga terjual.

Cara nak gunakan

Perlu isikan maklumat lengkap penerima dan penghantar. Dalam artikel cara hantar barang guna flexipack international ke luar negara ada diterangkan.

Bagi yang menjual di eBay seperti biasa soalan yang ditanya mana nak dapatkan butiran pembeli yang lengkap?

Ada di sellerhub. Semua butiran lengkap ada disitu.

Akhir kalam

Flexipack ini boleh sesuai untuk hantar barang kepada ahli keluarga ataupun pembeli di luar negara. Cuma saiz yang boleh dihantar sangat kecil. Buat masa ini bawah 500 gram sahaja. Walaupun bawah 500 gram jika barang itu tak muat maka tak boleh juga hantar.

Bagi yang ingin dapatkan Flexipack boleh klik pautan ini

Alternatif kepada flexipack ialah BerkatPos.com. Ianya sepantas sehari bekerja untuk penghantaran ke Singapore dan juga 3 hingga 7 hari bekerja ke negara lain. Tertakluk kepada cuaca dan perlepasan kastam.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA