Home » 5 barang speedmart yang laku kat eBay

5 barang speedmart yang laku kat eBay

Sebenarnya ada banyak barang speedmart yang laku kat eBay. Lepas buat listing di eBay dan apabila laku beli di speedmart kemudian hantar terus ke pembeli luar negara tu.

Macam pelik kenapa ada pembeli yang suka barang Malaysia. Nak tahu sebab apa mereka beli?Biasa ada 3 sebab.

Pertama ialah orang Malaysia ataupun Singapore yang belajar di luar negara. Sebab kedua ialah mereka pernah datang ke Malaysia dan terasa kesedapan makanan Malaysia. Ketiga barang yang sama ada di negara mereka dan mereka malas nak keluar beli di kedai sebab jauh di bandar.

Ada juga sebab lain mereka beli. Yang penting barang terjual dan senang nak cari.

Barang speedmart laku eBay

Susu anlene Gold

anlene merupakan salah satu barang speedmart laku eBay

Penjual ni buat listing di eBay secara bulk dimana 3 unit terus terjual. Harga yang dijual ialah $139.99 USD dengan kos penghantaran $39.90.

Jika ikut kan pertukaran semasa artikel ini ditulis bersamaan RM780. Harga di speedmart untuk 3 unit dalam RM130.

Tolak kos postage jika guna BerkatPos dalam RM320. Masih ada untung lagi RM200 lebih selepas ditolak kos jualan. Pandai penjual dari Kajang ni.

Minyak cap kapak

Perkara biasa penjual buat listing eBay secara bulk dimana 20 unit terus terjual. Harga jualan $149.50 dengan kos penghantaran $19.90.

Biasanya ada dibelakang cashier barang ini. Ini antara barang yang jual untuk deal luar eBay.

Minyak rambut Brylcream

barang speedmart laku eBay

Ada beberapa penjual dari Malaysia yang sudah terjual minyak rambut ini. Jenama yang berasal dari British ini memang ada permintaan.

Satu barang ini speedmart jual dalam RM12. Penjual ini jual balik $75 USD. Jika darab 4.35 maka RM326.

Yang beli secara bulk ini mungkin ingin diberi kepada ahli keluarga lain. Siapa tahu adik beradik anak beranak guna minyak rambut jenama ni.

African sea coconut

Ubat batuk ini ada juga di belakang cashier. Tak sampai RM8 seunit. Maka tak sampai RM100 modal dikeluarkan untuk beli barang ini.

Harga jualan $169.90 dimana hampir RM740 nilai jualan. Itu salah satu kelebihan jual barang ke luar negara. Untung dari segi tukaran matawang.

Masa orang lain mengeluh bising duit USD naik, penjual barang ke luar negara buat untung.

Susu anmum

anmun juga merupakan barang speedmart laku eBay

Ni mesti yang beli ibu mengandung baru trimester pertama. Beli banyak sekaligus senang. Penjual ni pula tahu barang speedmart laku eBay. Memang buat untung.

Stok tak perlu beli dulu sebab biasa memang ada. Jadi boleh kurangkan sedikit risiko.

Konklusi

Ada banyak lagi barang yang laku selain 5 contoh diatas. Hanya perlu rajin cari barang laku eBay dan tengok ada tak barang ni di speedmart.

Untuk makluman semua barang ini boleh dihantar menggunakan BerkatPos ke Singapore, USA, Canada dan UK. Barang yang dijual dengan harga yang tinggi perlu gunakan khidmat kurier ekspress.

Barang yang tak berjaya dihantar hanya 1 dalam seribu untuk kurier ekspress. Mungkin kesilapan penghantar ataupun seribu satu lagi masalah. Jika kurier ekonomi lagi banyak peratus barang tak berjaya dihantar.

Lagi satu tracking number boleh dijejak secara masa nyata. Anda tahu status barang dimana sekarang.

Bayangkan dah gembira terjual harga RM700 lebih tetapi barang tidak sampai. Dari untung terus jadi kemurungan rugi.

Boleh gunakan servis BerkatPos.com dimana kami hantar menggunakan kurier ekspress.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA