Terdapat 2 cara BerkatPos megenakan caj terhadap pelanggan. Yang pertama, dikira mengikut berat sebenar barang. Yang kedua adalah mengikut dimensi ataupun volumetrik.
Ianya standard industri dimana kesemua syarikat kurier kenakan caj ini.
Berat sebenar barang yang naik ke pesawat dan juga volumetrik dimana ruang yang besar digunakan pesawat untuk hantar barang ke luar negara.
Cara pengiraan dimensi adalah seperti dibawah
Panjang (cm) X Lebar (cm) X Tinggi (cm) ÷ 5000

Sekiranya berat barang dalam kotak seperti gambar diatas adalah 2 kilogram, BerkatPos tidak akan kenakan caj 2 kilogram sebaliknya dikenakan 4.02 kilogram. Pengiraannya seperti formula diatas dimana
33.5 (cm) X 20 (cm) X 30 (cm) ÷ 5000 = 4.02 kilogram.
Kenapa tidak dikenakan caj mengikut berat sahaja? Jawapannya adalah kerana saiz barang tersebut mengambil ruang yang besar dalam kapal terbang walaupun barang itu ringan.
Sekiranya berat 4 kg manakala ukuran dimensi 2 kg, maka BerkatPos akan caj untuk berat 4 kg.