Home » Cara hantar barang ke Australia sepantas 3 hari bekerja

Cara hantar barang ke Australia sepantas 3 hari bekerja

Untuk cara hantar barang ke Australia biasa ada 2 jenis penghantar. Pertama ingin hantar kepada saudara ataupun kenalan. Yang kedua anda penjual di platform seperti eBay, ETSY, Bonanza, Facebook ataupun platform lain yang ingin hantar kepada pembeli.

Bagi yang menjual di platform seperti eBay, ETSY dan Bonanza pembeli biasanya akan dikenakan GST sebanyak 10%. Undang-undang ini mula diperkenalkan pada 1 Julai 2018.

Bagi yang menjual di platform yang tidak mengenakan caj GST besar kemungkinan penerima akan dikenakan cukai. Bagi yang menghantar kepada kenalan mungkin akan dikenakan. Biasanya ikut pengalaman BerkatPos tidak dikenakan.

Macam mana pihak kastam tahu pembeli sudah bayar GST?

Bagi yang menjual di eBay di bahagian order akan terpapar seperti ini

ABN#64652****1 Code:PAID

Tidak kisah kurier apa yang gunakan pastikan kod ini masukkan sekali di bahagian alamat penerima.

Cara hantar barang ke Australia dengan dengan menunjukkan pembeli sudah bayar GST
Contoh cukai yang dibayar pembeli eBay

Jika anda menggunakan khidmat BerkatPos pihak kami akan tanya mengenai kod ini. Seterusnya akan diletakkan ke dalam alamat penghantaran penrima.

Berapa lama barang akan sampai ke Australia

Ianya bergantung kepada kurier yang anda gunakan. Jika menggunakan kurier ekonomi biasanya akan mengambil masa 2 minggu sehingga 4 minggu. Kawasan pendalaman ianya akan mengambil masa lebih lama lagi.

Jika anda menggunakan kurier express seperti BerkatPos ianya akan mengambil masa 3 hari hingga 7 hari bekerja.

Namun ianya tertakluk kepada keadaan iklim dan perlepasan kastam.

Apa kurier yang hantar barang ke Australia

Jika barang yang nak dihantar kecil sahaja iaitu dibawah 500 gram Flexipack International dari Pos Malaysia sesuai digunakan.

Jika barang besar maka DHL Express, FedEx, Janio Express ataupun USPS boleh digunakan. BerkatPos juga ada sediakan penghantaran barang ke Australia.

Cara hantar barang ke Australia untuk kawasan pendalaman

Untuk kawasan pendalaman Australia akan dikenakan caj tambahan. Biasanya kawasan yang kurang kepadatan penduduk.

Ramai penduduk Australia yang tinggal berdekatan laut. Kawasan gurun biasanya kawasan pendalaman.

Untuk kepastian boleh hubungi BerkatPos dahulu untuk semak alamat penerima termasuk dalam kawasan pendalam ataupun tidak.

Caj tambahan untuk kawasan ini adalah normal untuk mana-mana kurier. Ini disebabkan kawasan itu tidak termasuk dalam kawasan penghantaran kurier.

Kurier terpaksa bekerjasama dengan kurier lain yang hantar ke kawasan ini

Berapa kos penghantaran ke Australia?

Bergantung kepada berat atau dimensi barang yang ingin dihantar. Untuk penghantaran ke Australia BerkatPos ada sediakan servis ini. Boleh klik pautan dibawah untuk mengetahui kos penghantaran

Kos hantar barang ke Australia

Jika anda ingin tahu lebih kanjut cara hantar barang ke Australia dan ingin bimbingan tentang cara hantar barang. Boleh hubungi BerkatPos dengan beritahu barang apa yang nak dihantar, berat dan alamat penerima.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA