Polisi Pemulangan ataupun return policy BerkatPos

Dalam menjual di mana-mana platform akan terdapat pembeli yang ingin memulangkan barang mereka. Ataupun kemungkinan kedua pembeli tidak dapat di hubungi ataupun tiada orang di kediaman semasa penghantaran barang.

Jika pembeli ingin memulangkan barang kepada anda, BerkatPos ada menyediakan khidmat ini.

Hanya mereka yang menghantar barang menggunakan BerkatPos sahaja boleh gunakan.

Senario pertama

Hantar barang menggunakan kurier A dan apabila pembeli ingin memulangkan barang, BerkatPos tidak terima.

Senario kedua

Hantar barang menggunakan BerkatPos dan pembeli ingin memulangkan barang. Boleh hubungi BerkatPos untuk mendapatkan caj yang dikenakan.

Caj yang dikenakan biasanya sama ataupun lebih tinggi sedikit dari kos penghantaran.

Penerima tidak dapat dihubungi

Kurier hubungi penerima tiada siapa yang jawab panggilan. Apabila ingin dihantar tiada siapa di kediaman. Akan terdapat 2 kemungkinan disini.

1. BerkatPos akan hubungi penghantar. Dan anda perlu hubungi penerima. Ianya perlu maklum balas dalam masa 5 hari.

Jika tiada respon dari penghantar barang ini akan automatik dipulangkan kepada BerkatPos dan caj akan dikenakan kepada penghantar.

2. Pembeli tidak dapat dihubungi dan penghantar membuat keputusan untuk hapuskan barang ini. Sedikit caj akan dikenakan.