Home » Langkah demi langkah cara jual baju bundle online

Langkah demi langkah cara jual baju bundle online

Jika anda tahu cara jual baju bundle online ianya merupakan salah satu cabang pendapatan yang lumayan. Ada kelebihan dan kekurangan jual baju bundle. Jika anda minat dan ingin menjual baju bundle artikel ini mungkin boleh beri idea.

Yang paling penting ianya boleh dilakukan secara part time dahulu untuk permulaan. Selepas ada hasil baru boleh fikir untuk kembangkan perniagaan.

Platform mana untuk jual baju bundle?

Antara yang popular ialah ETSY, Grailed, eBay dan Versiaire. Anda boleh lihat dulu baju bundle apa yang laku di platform ini.

Jika di eBay boleh lihat di advanced search. Ianya percuma. Taip kata kunci seperti vintage, pilih sold item dan klik search.

cara jual baju bundle online dengan menggunakan platform eBay

Contoh jualan yang berjaya dilakukan oleh penjual dari Malaysia.

Di Grailed boleh lihat melalui pautan ini https://www.grailed.com/sold. Selepas tahu barang dan cara jual baju bundle di Grailed anda boleh cari di kedai bundle berhampiran.

cara jual baju bundle di platform Grailed

Pada masa artikel ini ditulis Grailed menggunakan PayPal bisnes sebagai medium pembayaran & penjualan. Jadi penjual perlu ada SSM.

Cara daftar SSM online

Di ETSY boleh lihat melalui feedback yang pembeli lain tinggalkan. Di ETSY hanya boleh jual barang vintage iaitu barang yang sekurang-kurangnya 20 tahun dari tahun semasa.

Oh ye. Bukan setakat baju bundle sahaja ye boleh dijual. Barang lain seperti sapu tangan berjenama, tali leher, topi dan kasut boleh juga dijual.

Mana nak cari supplier?

Untuk permulaan anda boleh pergi ke kedai bundle dan cari. Memang banyak masa diperlukan. Sambil cari baju jika nampak artis lama taip google dan cari nama artis itu.

Jika artis lama kemungkinan ada pasaran. Banyak kali terjadi yang mana tak pernah pun dengar tentang artis ataupun jenama tetapi masih ada permintaan di luar negara.

Boleh cari di Facebook dengan taip kata kunci tokol bundle.

Isitilah untuk baju bundle perlu tahu. Boleh artikel ini untuk tahu lebih lanjut. Ada juga penjual yang jual di group Facebook seperti UP TO YOU 3 (MALAYSIA)

Penjual tokol bundle popular seperti Kilang Bintang 8 Taman Gembira Johor Bahru Johor & JBR Bundle. Di Bahau Negeri Sembilan ada satu kedai Big E Bundle yang juga ada kilang dimana anda boleh belah guni dan cari kepala. Ini bahasa bundle ye.

Apa kelebihan jual baju bundle?

Boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Sudah banyak kali jual baju yang beli pada harga RM10 dan terjual pada harga $90 dan keatas. Cuma ianya mengambil masa kerana anda perlu menyelam (cari baju bundle).

lepas tahu cara jual baju bundle onlien dapat lah hasil di Grailed

Baju diatas terjual dengan harga $270 USD di paltform Grailed dengan kos beli baju ini hanya RM10.

Jika berlaku kematian selebriti luar negara, baju yang selama ini tidak pernah laku akan tiba-tiba laris jualan. Ada kalanya harga jualan tidak masuk akal.

Apa kekurangan?

Semakin lama anda menjual semakin bijak cara jual baju bundle online. Semakin banyak ruangan yang diperlukan untuk menyimpan barang.

Jika anda menggunakan hanger untuk menyimpan baju dan terlalu lama, maka akan ada kesan hanger di baju itu.

Walaupun kadar keuntungan baju bundle tinggi, kadar baju terjual kebiasaannya tidak terlalu tinggi. Sebagai contoh jika anda beli 10 helai baju bundle hanya satu yang laku.

Ada juga pemilik kedai baju bundle yang tahu harga pasaran dengan menyemak harga di platform eBay, ETSY dan Grailed. Sebab itu jika anda tengok ada harga baju yang dijual tidak masuk akal.

Bagaimana nak hantar baju ke luar negara?

Bergantung kepada nilai baju yang dijual. Jika nilai baju rendah iaitu biasanya $50 USD kebawah guna khidmat pos ekonomi. Flexipack International ataupun Singapore Post sesuai digunakan.

Jika harga tinggi kebiasaannya lebih dari $100 USD lebih baik gunakan khidmat pos ekspress seperti BerkatPos.com. Tracking number pos ekspress boleh dijejak masa nyata. Anda pun tidak pening mana status barang sekarang.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA