Home » Cara daftar SSM online untuk pendaftaran perniagaan

Cara daftar SSM online untuk pendaftaran perniagaan

Dengan kemajuan teknologi dan sistem terkini cara daftar SSM secara online sahaja. Tak perlu pergi ke pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendaftar perniagaan.

SSM merupakan agensi kerajaan yang bertangjungjawab mengal selia syarikat dan perniagaan. Ianya dibawah Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Dalam Negeri (KPDNHEP).

Bagi yang ingin menjual di eBay akaun bisnes perlukan SSM. Jika akaun eBay persendirian tidak perlu SSM. Untuk buka akaun Amazon dan Grailed juga perlukan SSM. Ianya merupakan lesen perniagaan.

Cara daftar SSM online

Pertama sekali masuk laman https://ezbiz.ssm.com.my/. Yang belum daftar perlu klik new user registration. Jika sebelum ini anda perlu pergi ke cawangan SSM yang berhampiran untuk verifikasi cap jari dan kad pengenalan. Sekarang semuanya boleh dilakukan secara online. Pihak SSM telah beri panduan disini.

cara daftar SSM online untuk pendaftaran perniagaan tanpa perlu ke cawangan SSM

Ada beberapa dokumen untuk cara daftar SSM secara online seperti kad pengenalan, gambar pemohon selfie beserta kad pengenalan dan juga dokumen rasmi seperti lesen memandu/ passport/ Sijil lahir/ bil utiliti atau dokumen rasmi atas nama pemohon. Hanya 3 dokumen yang diperlukan.

Selepas selesai daftar Ezbiz Online SSM anda boleh gunakan untuk daftar. Yuran yang dikenakan adalah

Nama Sendiri = RM30.00 setahun. Ni menggunakan nama anda mengikut kad pengenalan.
Nama ‘Tred’ = RM60.00 setahun. Seperti Eksport Eksport Network.
Perubahan butir-butir perniagaan = RM20.00
Cawangan = RM5 setahun bagi setiap cawangan
Penamatan Perniagaan = Tiada bayaran diperlukan

Pembaharuan Perniagaan
Nama Sendiri = RM30.00 setahun
Nama ‘Tred’ = RM60.00 setahun
Cawangan = RM5.00 setahun bagi setiap cawangan
Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00

2 jenis pendaftaran perniagaan

1. Pemilikan Tunggal dimana perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik tunggal.

2. Perniagaan perkongsian dimana ianya dimiliki sekurangnya dua orang dan tidak melebihi 20 orang rakan kongsi.

Apa lagi kelebihan Ezbiz Online SSM

Anda boleh perbaharui lesen perniagaan sendiri dan juga orang lain. Ye jika ahli keluarga ataupun kenalan anda boleh perbaharui dengan akaun Ezbiz anda. Jika ingin buat pendaftaran perniagaan baru pun boleh.

Jika daftar perniagaan perkongsian baru, setiap ahli perlu ada akaun Ezbiz SSM untuk daftar secara online.

Ezbiz juga membolehkan anda membeli maklumat perniagaan, pembayaran sama/kompoun, perubahan alamat, penambahan cawangan dan juga penamatan perniagaan.

Masih boleh daftar perniagaan di cawangan SSM?

Jika tidak konfiden anda boleh pergi ke mana-mana cawangan SSM yang berhampiran. Ada beberapa borang yang perlu diisi. Boleh daftar Ezbiz sekali semasa pergi ke cawangan. Di masa hadapan tak perlu datang lagi sebab semuanya boleh dilakukan secara online.

Akhir kalam

SSM ni penting untuk buka akaun bank dan mulakan perniagaan. Akaun eBay bisnes, Amazon, Grailed dan juga banyak servis dan platform luar negara memerlukan SSM untuk mendaftar.

Cuma jika anda ingin hantar barang ke luar negara dengan menggunakan BerkatPos.com tidak perlu salinan SSM.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA