Home » Cara check scammer yang perlu anda tahu

Cara check scammer yang perlu anda tahu

Penting untuk anda tahu cara check scammer tidak kira secara online ataupun offline. Ianya merupakan ilmu yang penting untuk anda tahu bagi menjaga keselamatan data peribadi mahupun melindungi wang anda di dalam institusi kewangan.

Bukan pengguna sahaja upgrade ilmu, scammer pun upgrade juga ilmu mereka. Biar nampak macam betul sebenarnya tujuan mereka untuk menipu.

Salah satu cara untuk elakkan ialah jangan klik link yang anda dapat di SMS. Kebanyakkan scammer bermula disini.

Menurut akhbar NST, Kementerian Komunikasi Dan Digital sudah arahkan untuk block SMS yang mengandungi link ataupun pautan ke laman web.

Cara check scammer yang hantar email

Ini pun selalu terjadi. Bagi mereka yang menerima email menang hadiah ataupun apa-apa yang mencurigakan pastikan anda semak dahulu email yang terima.

Sebagai contoh email dibawah ini

Cara check scammer yang hantar email

Katanya dari eBay. Cuba lihat gambar yang digariskan diatas. Netscribes dot com bukannya eBay.com. Yang ni sudah jelas dan nyata scammer.

Update 2023-06-13. Pembetulan. Netscribes adalah syarikat 3rd party yang eBay gunakan untuk handle akaun eBay yang perlu verify selepas suspend.

Walau bagaimanapun berhati-hati dengan link yang diberikan dalam email. Dalam kes ini lebih baik taip alamat email daripada klik link yang diberi. Sebagai langkah berjaga-jaga.

Jika terima hadiah dari bank email mestilah dari bank. Sebagai contoh jika dari maybank email mestilah @maybank.com.

Dan sekiranya ada orang nak hantar hadiah dan perlu bayar duit pelepasan kastam itu biasanya scammer juga. Mengarut nak bagi hadiah kita kena bayar duit. Ataupun menang hadiah tetapi perlu bayar dahulu.

Namun sekiranya email dari bank maka ianya memang betul anda menang hadiah.

Cara Check Scammer Online Melalui Semakan Nombor Telefon

Pihak PDRM juga sediakan laman untuk semak samada anda berurusan dengan scammer ataupun tidak.

Masuk ke laman https://semakmule.rmp.gov.my/

Kemudian masuk butiran yang diminta.

PDRM juga sediakan aplikasi di Google Play untuk anda muat turun. Check Scammer CCID. Aplikasi IOS belum tersedia semasa artikel ini ditulis.

Cara untuk yakinkan pelanggan yang anda bukan scammer

Ini memang susah sedikit. Scammer ini tak kira agama dan bangsa. Cuma apa yang anda perlu buat bagi memastikan pelanggan percaya?

Jika menjual di platform tempatan ataupun luar negara jangan terlalu gelojoh untuk deal luar platform.

Pembeli selesa membeli dalam platform seperti eBay, Shopee, Amazon ataupun ETSY sebab ada jaminan yang barang tak sampai akan dapat refund. Jika barang yang sampai berlainan dari deskipsi juga akan diberikan refund.

Walaupun anda tawarkan diskaun sehingga 25% dari harga jualan mereka tetap setia beli di platform. Namun jika ada rezeki dalam 20 percubaan mungkin seorang yang deal luar platform.

Itu pun mungkin. Cuma yang penting jangan putus asa mencuba dan jangan juga terlalu gopoh.

Cara untuk selamatkan diri dari scammer

Jangan berikan akses ataupun kata lalauan anda kepada orang lain. Contohnya akaun eBay, Amazon, Shopee anda staf dari platform ini minta kata lalaun. Jangan cari penyakit untuk berikan kepada mereka.

Tidak perlu masuk website yang bukan-bukan. Terus terang website yang tengok cerita secara cetak rompak ataupun website lucah. Biasanya website ini ada virus.

Artikel ini dsediakan oleh BerkatPos.com – servis penghantaran barang ke luar negara.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA