Home » Maksud SKU tu apa dan apa fungsi dalam e-dagang?

Maksud SKU tu apa dan apa fungsi dalam e-dagang?

Apa itu maksud SKU? Ianya singkatan bagi stock keeping unit. Bahasa mudah seperti barcode yang terdapat di barang seperti anda beli barang di pasar raya.

Setiap produk berbeza SKU dimana ianya digunakan untuk kenal pasti barang. Sebagai contoh jika menjual baju yang sama cuma warna berbeza maka SKU pun berbeza.

Apa kepentingan SKU?

Jika anda ada banyak barang untuk dijual, ianya boleh digunakan untuk membezakan barang yang disimpan di stor ataupun gudang. Ianya dapat memudahkan proses untuk mencari barang yang terjual untuk dihantar, stock yang tinggal dan inventori.

Kebanyakan platform yang anda gunakan untuk menjual ada pilihan untuk diletakkan SKU.

Apabila sudah tahu maksud SKU ianya penting untuk labelkan di listing eBay

Contoh di atas adalah ruangan SKU semasa buat listing di eBay. Selepas memahami maksud SKU ianya penting untuk anda cipta sendiri.

Jika anda sewa gudang di USA di luar negara. SKU ini lah yang membolehkan sistem membaca order.

Pastikan SKU yang diletakkan di eBay sama seperti SKU yang ada di gudang USA. Yang ini contoh menjual di eBay.

Jika anda menjual di Shopify, Bonanza, woocommerce, meganto, Amazon dan platform lain perkara yang sama diperlukan.

Jika akaun menjual di platform dihubungkan dengan sistem di gudang yang disewa. Maka staf di gudang USA akan automatik ambil barang ini untuk dihantar kepada pembeli. Sistem akan automatik masukkan tracking number ke platform yang anda jual.

Cara nak buat SKU bagaimana?

Jika untuk kegunaan dan simpanan di gudang sendiri tiada masalah nama SKU ataupun barcode. Boleh buat ikut citarasa dan kehendak anda.

Jika sewa gudang ada yang perlu ikut kehendak sistem mereka dan ada yang tak kisah nama SKU. Perlu tanya penyedia itu.

Laman website yang boleh gunakan secara percuma ialah barcode.tec-it. Mudah sahaja untuk gunakan.

Apabila dan tahu maksud SKU senang je nak buat barcode. Percuma lagi.

Langkah 1 : Buat nama SKU. Dalam contoh ni seluarhitamsizeL

Langkah 2 : Paparan barcode SKU akan keluar disini

Langkah 3 : Muat turun SKU ini.

Selepas itu boleh cetak menggunakan kertas sticker dan tampal di produk. Pastikan guna laser printer. Boleh tanya kedai yang menjual printer tentang laser printer. Jangan guna deskjet printer ye. Tak boleh.

Akhir kalam

Selepas tahu maksud SKU dan kepentingannya senang sahaja kan nak buat.

Contoh di atas adalah pelanggan BerkatPos yang hantar barang ke gudang di USA. SKU sudah dibuat dan hanya perlu hantar barang terus ke USA. Bagi yang ingin hantar barang ke luar negara boleh gunakan khidmat BerkatPos.com.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA