Home » Senang ke cara buka akaun PayPal untuk Malaysian?

Senang ke cara buka akaun PayPal untuk Malaysian?

Senang sahaja cara nak buka akaun PayPal bagi orang Malaysia. Yang penting anda ada kad debit untuk akaun personal dan jika akaun bisnes perlu ada SSM.

PayPal merupakan salah satu medium pembayaran untuk menerima, menghantar ataupun membuat pembayaran di dalam dan luar negara.

Cuma caj yang dikenakan PayPal agak tinggi. Lebih kurang 5% dari jumlah transaksi. Jika menerima pembayaran dari luar negara katakan $100 USD maka nilai yang anda terima ialah hampir $95 USD.

Walaupun tinggi caj masih ramai pengguna seluruh dunia yang menggunakan khidmat PayPal. Jika anda mempunyai website menggunakan platform woocommerce ataupun Shopify maka PayPal boleh digunakan.

Pembeli dari seluruh dunia boleh membayar kepada anda menggunakan matawang yang anda tetapkan. Katakan pembayaran dalam USD,

Sebelum tahun 2015 untuk penghantaran wang melalui PayPal dalam negara, dari orang Malaysia ke orang Malaysia tiada caj dikenakan. Namun selepas ramai yang menjual fund USD PayPal melalui group Facebook, PayPal mula kenakan caj.

Cara Buka Akaun PayPal

Pertama sekali anda perlu masuk ke laman https://www.paypal.com/my/webapps/mpp/account-selection

cara buka akaun PayPal untuk Malaysian

Perlu pilih samada nak buka akaun personal ataupun bisnes. Dokumen yang diperlukan ialah kad debit dan beberapa dokumen untuk mengesahkan identiti seperti kad pengenalan / passport / lesen memandu, bil utiliti dan juga penyata bank.

Jika akaun bisnes maka tambahan dokumen seperti salinan SSM diperlukan. Cara daftar SSM online untuk pendaftaran perniagaan bagi yang belum ada.

Ada juga dokumen lain seperti bil utiliti pejabat dan juga bank statement syarikat.

Step pertama

Pastikan anda menghubungi bank bagi kad debit yang digunakan untuk aktifkan pembelian dalam talian luar negara. Ini kerana ada sedikti caj yang dikenakan PayPal.

Caj ini akan dimasukkan kembali ke akaun PayPal anda. Tengok nombor bank di belakang kad debit anda dan hubungi bank.

Ada juga yang boleh dibuat secara online banking seperti maybank2u. Namun kebanyakkannya perlu hubungi bank.

Step kedua

Cara buka akaun PayPal hanya perlu isikan butiran yang diminta oleh PayPal. Linkkan kad debit anda ke PayPal. Kemudian verify kad debit anda.

Cara nak verify adalah pihak bank akan hantar melalui mesej kepada nombor telefon yang anda daftar dengan bank. Ataupun boleh lihat di statement bank selepas 2-3 hari bekerja.

Jika ingin cepat boleh hubungi bank untuk minta 4 digit kod ini.

Kelebihan PayPal

Anda boleh terima pembayaran dari seluruh dunia. Katakan anda beri invoice kepada pelanggan di USA, mereka boleh bayar menggunakan kad debit ataupun kad kredit dari bank USA.

Ada juga beberapa platform luar negara yang menggunakan PayPal sebagi medium penerimaan pembayaran seperti Bonanza, Fiverr dan juga Grailed.com

Kekurangan PayPal

Caj yang dikenakan agak tinggi iaitu hampir 5%. Penghantar ataupun pembayar tidak dikenakan caj. Penerima yang dikenakan.

Jika akaun baru, duit yang masuk tidak boleh dikeluarkan dahulu. Ianya perlu tunggu untuk PayPal verify dahulu yang pembayaran ini untuk transaksi yang selamat.

Cara nak buat invoice PayPal

Klik Invoicing >> Create Invoice

Masukkan email penerima, matawang yang digunakan untuk terima pembayaran, servis ataupun barang yang dijual, harga barang dan klik send via PayPal.

Penerima akan terima email dan apabila mereka membuat pembayaran anda akan menerima notifikasi melalui email dan juga apps jika muat turun aplikasi.

Pembeli ini merupakan hasil dari deal luar eBay.

Cara nak keluarkan duit di PayPal

Anda boleh transfer duit yang diterima ke akaun bank ataupun kad debit ataupun kredit yang digunakan semasa daftar PayPal.

Caranya klik Transfer Money >> Pilih matawang yang ingin dikeluarkan >> Pilih ke kad debit / kredit ataupun akaun bank.

Ia mengambil masa sehari hingga 5 hari bekerja untuk masuk ke akaun bank ataupun kad debit / kredit.

Konklusi

Senang sahaja cara buka akaun PayPal dan juga terima pembayaran dari seluruh dunia. Ada juga website yang anda boleh buat duit dengan survey dan terima PayPal sebagai medium pembayaran.

Ataupun jika anda menjual barang ke luar negara dan ingin hantar barang boleh gunakan servis BerkatPos.com.

Anda Mungkin Juga Berminat
Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2024 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA