Home » Tariff Trump Bermula 29 Ogos 2025: Apa Yang Perlu Anda Tahu

Tariff Trump Bermula 29 Ogos 2025: Apa Yang Perlu Anda Tahu

Mulai 29 Ogos 2025, kerajaan Amerika Syarikat telah melaksanakan beberapa perubahan besar terhadap dasar perdagangan mereka yang memberi kesan terus kepada peniaga dan pembeli antarabangsa, termasuk pelanggan BerkatPos yang menghantar barangan ke US.

Apa itu Polisi De Minimis dan Kenapa Ia Penting?

Sebelum ini, AS membenarkan barangan import bernilai di bawah USD 800 masuk ke negara itu tanpa dikenakan cukai melalui polisi yang dikenali sebagai De Minimis. Namun, bermula 29 Ogos 2025, semua barangan import ke AS akan dikenakan cukai import tanpa mengira nilai, asal negara, atau kaedah penghantaran.

Ini bermaksud walaupun anda hanya menghantar produk bernilai rendah seperti alat ganti, barangan kosmetik, pakaian, atau makanan ringan ke AS, pembeli di AS tetap perlu bayar cukai import.

Ringkasan Perubahan Utama:

1. De Minimis Dihapuskan Sepenuhnya

Bermula 29 Ogos 2025, semua penghantaran ke AS tidak lagi layak untuk pengecualian cukai.
Barangan dari China & Hong Kong sudah hilang kelayakan sejak Mei 2025.

2. Cukai Balas (Reciprocal Tariffs) Diperkenalkan
  • Bermula 5 April 2025: Semua negara dikenakan 10% cukai asas.
  • Bermula 7 Ogos 2025: Negara-negara dalam Annex I dikenakan tarif antara 10% hingga 40%.
  • Brazil: 40% tambahan bermula 6 Ogos 2025.
  • India: 25% tambahan bermula 27 Ogos 2025.
3. Prosedur Kastam Lebih Ketat
  • Semua penghantaran kini perlu proses kastam “informal” atau “formal entry”, walaupun untuk nilai rendah.
  • Maklumat penerima seperti nombor cukai (SSN/EIN) diperlukan untuk penghantaran formal.

Apa Implikasinya Kepada Anda sebagai Pengguna BerkatPos?

Sebagai pengguna BerkatPos, soalan utama anda mungkin:

“Kalau saya guna BerkatPos lepas 29 Ogos 2025, adakah saya atau pembeli saya kena bayar cukai tambahan di Amerika Syarikat?”

Jawapannya: Ya. Semua penghantaran ke AS selepas tarikh ini akan dikenakan duti import tanpa pengecualian nilai.

Bagaimana Cukai Ini Dibayar?

• Penghantaran standard (DDU): Penghantaran melalui BerkatPos adalah dalam bentuk DDU, iaitu cukai akan ditanggung oleh pembeli di AS apabila barang tiba.
• Pembeli akan dihubungi oleh DHL/UPS/USPS untuk menjelaskan jumlah cukai sebelum penghantaran dibuat ke alamat mereka.

Berapa Anggaran Cukai?

Anggaran kos cukai akan bergantung kepada:

• Jenis produk (kod HS/HTSUS)
• Negara asal produk (negara pembuatan)
• Jumlah nilai invois

Sebagai contoh:

• Produk bernilai USD 100 buatan Malaysia: 10% = USD 10 cukai
• Produk bernilai USD 300 buatan India: 10% + 25% tambahan = USD 105 cukai

Nota: Produk dari negara dalam senarai “Annex I” mungkin kena tarif lebih tinggi (hingga 40%).

Nota tambahan: Bagi pengguna BerkatPos yang menghantar barangan di bawah USD 800, anda tidak dikenakan Merchandise Processing Fee (MPF) kerana yuran ini hanya dikenakan untuk penghantaran formal entry melebihi USD 2,500.

Kesan Kepada Penjual eBay

Jika anda jual barang ke AS melalui eBay, anda perlu pertimbangkan untuk:

• Naikkan Harga Listing

Untuk cover cukai, anda boleh:

• Naikkan harga sekitar 10% – 25% bergantung negara asal produk
• Atau tambah caj “US Import Duty” dalam shipping/handling
• Nyatakan Polisi Kastam Dalam Listing

Contoh nota boleh diletakkan:

“Mulai 29 Ogos 2025, semua barangan dihantar ke AS tertakluk kepada cukai import. Caj ini dibayar oleh pembeli kecuali dinyatakan sebaliknya.”

• Maklumkan Pembeli Anda Tentang Caj Tambahan

Memandangkan BerkatPos tidak menyediakan servis DDP, anda perlu:

• Maklumkan awal kepada pembeli bahawa mereka akan dihubungi oleh pihak kastam untuk menjelaskan cukai.

Langkah Disarankan untuk Seller:

1. Jangan Batalkan Tempahan Sebagai “Out of Stock”

Jika pembeli menolak penghantaran kerana isu cukai atau kurier, jangan pilih sebab “Out of Stock”. Gunakan pilihan “Buyer asked to cancel”.

2. Gunakan Perkhidmatan BerkatPos dengan Dokumentasi Lengkap

Kami di BerkatPos boleh bantu urus penghantaran dengan invois lengkap dan label kastam yang betul untuk memudahkan pelepasan.

3. Kemas Kini Pilihan Penghantaran

Jika anda tidak mahu hantar ke AS, kemas kini Shipping Preferences dalam eBay untuk kecualikan AS. (Hanya berfungsi jika senarai anda bukan di laman eBay US).

4. Kekalkan Komunikasi dengan Pembeli

Maklumkan pembeli tentang sebarang kelewatan atau isu penghantaran. Ketelusan membantu bina kepercayaan dan elak pertikaian.

5. Fahami Perlindungan Seller eBay

eBay akan buang rekod lewat hantar dan kes “Item Not Received” untuk pesanan ke AS selepas 29 Ogos 2025. Jika pembeli menolak barang kerana tarif atau caj kastam, kes akan ditutup memihak kepada anda dan maklum balas negatif/neutrals berkaitan akan dipadam.

Kesimpulan

Perubahan dasar kastam AS ini memberi kesan besar kepada semua penjual dan pembeli antarabangsa. Sebagai pengguna BerkatPos, anda digalakkan untuk:

• Sediakan dokumen penghantaran lengkap
• Maklumkan pembeli tentang tanggungjawab cukai
• Sesuaikan harga jualan untuk menampung impak tarif baru

Hubungi pasukan BerkatPos untuk pertanyaan lanjut tentang kos, strategi penghantaran, atau cara terbaik untuk sediakan invois dan label yang mematuhi keperluan kastam US.

Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2025 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA