Home » Pelarasan Harga Perkhidmatan BerkatPos Bermula Januari 2025

Pelarasan Harga Perkhidmatan BerkatPos Bermula Januari 2025

Mulai 1 Januari 2025, DHL Express, yang menjadi rakan penghantaran utama BerkatPos, akan menaikkan kadar penghantaran mereka sebanyak purata 6.9% di Malaysia.

Ini adalah sebahagian daripada pelarasan tahunan mereka untuk menampung kos operasi dan memastikan perkhidmatan terus lancar di seluruh dunia.

Disebabkan kenaikan ini, BerkatPos juga akan melakukan penyesuaian harga pada perkhidmatan penghantaran kami bermula tarikh yang sama.

Langkah ini perlu untuk memastikan kami dapat terus menyediakan servis penghantaran yang cepat, selamat, dan boleh diharap.

Kenaikan harga seperti ini sebenarnya adalah perkara biasa dan berlaku setiap tahun selari dengan kadar inflasi global. Ia bertujuan untuk memastikan syarikat penghantaran seperti DHL dan BerkatPos dapat terus menampung kos operasi, termasuklah peningkatan kos bahan api, teknologi, dan infrastruktur.

Kami faham perubahan harga ini mungkin akan menimbulkan kebimbangan.

Tapi, ini adalah keputusan yang perlu supaya kami dapat terus tingkatkan infrastruktur dan memastikan penghantaran anda sentiasa dalam keadaan terbaik.

Walaupun harga berubah, kami tetap komited untuk memberikan servis terbaik dan nilai berbaloi kepada pelanggan. Pasukan kami sentiasa berusaha untuk pastikan anda puas hati dengan perkhidmatan BerkatPos.

Kalau ada apa-apa soalan atau perlukan penjelasan lanjut, jangan segan-segan untuk hubungi kami. Pasukan khidmat pelanggan kami sedia membantu.

Terima kasih kerana terus setia menggunakan BerkatPos. Kami sangat hargai kepercayaan anda dan akan pastikan servis kami sentiasa berada pada tahap yang terbaik untuk anda.

Sumber : DHL Express

Anda Mungkin Juga Berminat
Tinggalkan Pesanan
Leave a Reply

© 2025 BERKATPOS.COM. HAK CIPTA TERPELIHARA