
Bermula April 2025, penjual Malaysia yang menjual ke pasaran Amerika Syarikat melalui eBay mula merasai tekanan akibat perubahan mendadak polisi kastam dan tarif baharu AS.
Isu ini bukan sahaja menyebabkan kos penghantaran meningkat, malah turut mencetuskan kelewatan ketara, sekatan penghantaran bernilai tinggi, dan keperluan dokumentasi tambahan daripada pembeli.
• Pembeli di AS perlu bayar duties dan import fees untuk mana-mana barang bernilai lebih USD800.
• Maklumat peribadi seperti nombor keselamatan sosial (SSN) mungkin diperlukan untuk proses kastam.
• eBay umum bahawa mereka akan melindungi seller daripada penalti dan komen negatif jika kelewatan berpunca daripada isu kastam.
• AS kenakan tarif 10% minimum untuk kebanyakan barang import dari negara luar.
• Semua shipment melebihi USD800 perlu lalui proses formal entry yang lebih ketat.
• Penangguhan 90 hari diberi untuk sebahagian besar negara daripada tarif baru.
• China dan Hong Kong tidak termasuk dalam penangguhan ini.
• DHL menggantung penghantaran B2C ke AS untuk barang bernilai lebih USD800.
• Penggantungan disebabkan kesesakan di kastam dan pertambahan keperluan dokumentasi.
• DHL menyambung semula penghantaran untuk Express shipment susulan kenaikan threshold formal entry kepada USD2500.
• Sebelum ini, pembeli dari AS tidak dikenakan tarif untuk barang dari China & Hong Kong bernilai di bawah USD800.
• Kini, semua shipment dari dua negara ini akan dikenakan duties tanpa mengira nilai.
• Tumpu jualan kepada produk bawah USD800 untuk buyer di AS buat masa ini.
• Gunakan Express shipping atau semak polisi kastam terkini jika jual barang bernilai tinggi.
• Monitor perubahan dari kastam AS & courier (DHL, UPS, FedEx, Aramex) secara aktif.
Perubahan kastam dan tarif ini bukan sekadar gangguan sementara. Ia adalah gelombang baru yang menuntut semua seller antarabangsa, termasuk dari Malaysia, untuk pantas sesuaikan operasi, pemilihan produk dan komunikasi dengan buyer.
Jika seller gagal adaptasi sekarang, mereka bukan sahaja akan kehilangan jualan, tetapi juga reputasi akaun eBay mereka.
Guna khidmat BerkatPos.com – penyelesaian mudah untuk penghantaran antarabangsa dari Malaysia.
✅ Proses pantas
✅ Khidmat pelanggan mesra
✅ Support urusan eBay & eCommerce export
Layari sekarang di www.berkatpos.com