Terma Dan Syarat
- Anda tidak dibenarkan menghantar barang larangan seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang Malaysia dan Antarabangsa.
- Anda juga tidak dibenarkan menjual atau menggunakan semula harga penghantaran kepada orang lain.
- Semua isi kandungan setiap bungkusan barang dan penghantaran adalah tanggungjawab penuh pengirim.
- Pihak BerkatPos adalah sama sekali tidak bertanggungjawab bagi setiap kandungan barang yang dihantar oleh pengirim.
- Pengirim, akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penghantaran dalam setiap pertikaian undang-undang yang melibatkan isi kandungan setiap bungkusan. BerkatPos juga tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakkan disebabkan penghantaran.
- Sebarang pelanggaran perjanjian, kami berhak untuk menghentikan perkhidmatan serta merta tanpa sebarang amaran atau makluman serta pembayaran balik kewangan.
- BerkatPos tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan barang berharga yang berlaku semasa penghantaran dan insuran yang tidak memadai.
- Semua barang yang mudah rosak mesti dibungkus dan dilabel dengan betul sebelum penghantaran.Dadah adalah dilarang sama sekali.
- Peralatan dan semua jenis senjata serta produk tiruan juga adalah tidak dibenarkan.
Cukai Dan Duti Kastam
- BerkatPos tidak bertanggungjawab atas sebarang cukai kastam dan cukai yang timbul semasa import dan eksport barang. Perkara ini adalah menjadi tanggungjawab sepenuhnya oleh pengirim.
- Pihak BerkatPos akan hubungi pengirim sekiranya terdapat sebarang cukai yang perlu dibayar oleh pihak kastam negara barang yang dihantar.
Bayaran Penghantaran
- Semua harga boleh berubah tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
- Sekiranya berlaku perubahan alamat disebabkan permintaan penerima, bayaran tambahan akan dikenakan.
- Sekiranya barang tidak beerjaya dihantar dan dipulangkan balik kepada BerkatPos, bayaran tambahan akan dikenakan