Anda tidak dibenarkan menghantar barang larangan seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang Malaysia dan Antarabangsa.
Anda juga tidak dibenarkan menjual atau menggunakan semula harga penghantaran kepada orang lain.
Semua isi kandungan setiap bungkusan barang dan penghantaran adalah tanggungjawab penuh pengirim.
Pihak BerkatPos adalah sama sekali tidak bertanggungjawab bagi setiap kandungan barang yang dihantar oleh pengirim.
Pengirim, akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penghantaran dalam setiap pertikaian undang-undang yang melibatkan isi kandungan setiap bungkusan. BerkatPos juga tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakkan disebabkan penghantaran.
Sebarang pelanggaran perjanjian, kami berhak untuk menghentikan perkhidmatan serta merta tanpa sebarang amaran atau makluman serta pembayaran balik kewangan.
BerkatPos tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan barang berharga yang berlaku semasa penghantaran dan insuran yang tidak memadai.
Semua barang yang mudah rosak mesti dibungkus dan dilabel dengan betul sebelum penghantaran.Dadah adalah dilarang sama sekali.
Peralatan dan semua jenis senjata serta produk tiruan juga adalah tidak dibenarkan.
Cukai Dan Duti Kastam
BerkatPos tidak bertanggungjawab atas sebarang cukai kastam dan cukai yang timbul semasa import dan eksport barang. Perkara ini adalah menjadi tanggungjawab sepenuhnya oleh pengirim.
Pihak BerkatPos akan hubungi pengirim sekiranya terdapat sebarang cukai yang perlu dibayar oleh pihak kastam negara barang yang dihantar.
Bayaran Penghantaran
Semua harga boleh berubah tanpa sebarang notis terlebih dahulu.